Headlines News :

>
Home » , , » Ibrahim Ali: Kekayaan Melayu perlu dipertingkat secara total

Ibrahim Ali: Kekayaan Melayu perlu dipertingkat secara total


Datuk Ibrahim Ali (gambar) menyambut baik inisiatif terbaru kerajaan untuk memperkasa ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu ini.

Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) itu berharap kerajaan memastikan inisiatif ini dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

"Apa yang kita mahu ialah peningkatan kekayaan Bumiputera dan orang Melayu secara total.
“Jika diikutkan kekayaan itu harus mewakili sebanyak 60 peratus iaitu menyamai bilangan penduduk bumiputera di negara ini," katanya.

Selain itu, Ibrahim menggesa kerajaan melakukan usaha memperbetul tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sudah tidak relevan bagi membolehkan kerajaan merealisasikan hasrat melihat Bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus kek ekonomi negara.

"Kerajaan perlu melakukan perubahan besar termasuk memperbetulkan kembali undang-undang bagi mengatasi kelemahan yang masih dihadapi Bumiputera.

"Persepsi yang mengatakan keistimewaan Bumiputera perlu dihapuskan juga perlu diperbetul," katanya dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelancaran inisiatif terbaru untuk memperkasa ekonomi orang Melayu dan Bumiputera yang akan di  lancarkan Najib.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, inisiatif itu merangkumi pelbagai sektor utama ekonomi antaranya membasmi kemiskinan, pelaburan, pemilikan ekuiti dan hartanah, penyertaan dalam sektor swasta serta pembangunan modal insan.

Ibrahim pada masa sama tidak menafikan kerajaan ketika ini banyak membantu rakyat dan antara contoh ialah menerusi pemberian bantuan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah tanpa mengira kaum.

Namun, katanya, pembahagian kek ekonomi negara terutama kepada orang Melayu dan Bumiputera masih dianggap tidak adil. – 13 September, 2013.

Source   : Malaysia Insider

...............

LUAHAN DARI LUBUK HATI SERTA  HARAPANKU UNTUK SEMUA AHLI AMGINT . BETAPA INDAHNYA KENANGAN YANG LALU ... APAKAH MASIH ADA HARI ESOK?

SOKONGAN DARI PERDANA MENTERI MALAYSIA AMAT DI PERLUKAN KINI!

SECEBIS KISAH : PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI BERSAMA AMGINT

 

 "MALAYSIAKU BERDAULAT ,TANAH TUMPAH DARAHKU"


Share this article :

0 comments :

 
Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Love and Care