Headlines News :

>
Home » , , » Datuk Seri Zahid Hamidi : Umat Islam di Malaysia Perlukan Kepimpinan Beliau Untuk Hadapi Tekanan Antarabangsa

Datuk Seri Zahid Hamidi : Umat Islam di Malaysia Perlukan Kepimpinan Beliau Untuk Hadapi Tekanan Antarabangsa

Kejayaan cemerlang Pasukan Keselamatan Negara di bawah Kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara telah terbukti dalam menangani pelbagai insiden yang berlaku dan langkah-langkah pencegahan.

Kepimpinan beliau amat diperlukan di mana umat Islam di Malaysia bakal berdepan dengan tekanan antarabangsa berkaitan dengan hak mereka mengamalkan agama dan budaya tempatan.

Keadaan itu adalah berikutan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR)  di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva Switzerland Pada 24 Oktober 2013 ini.


Melaluinya Malaysia akan dinilai dalam pencapaian hak asasi manusianya.
Laporan juga disediakan oleh pelbagai pihak termasuk Comango (Coalition of Malaysian NGO) yang mendesak Kerajaan tunduk kepada beberapa tuntutan mereka.

Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)


Antaranya adalah berkaitan dengan hak kebebasan beragama sehingga boleh menghalalkan pemurtadan di kalangan umat Islam.

Tuntutan Comango antara lain adalah seperti berikut:

a)     Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).  PPMM maklum Perkara 18 ICCPR adalah berkait dengan  kebebasan beragama. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

b)    Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (Icerd) yang membawa implikasi "menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik" tanpa mengambil kira nilai budaya dan resam tempatan.

c)    Malaysia dituntut patuh terhadap Icerd yang akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat serta memaksa nilai universal yang bertentangan dengan nilai dan norma tempatan terhakis dan kedaulatan negara akan terjejas. Hal ini mengenepikan tindakan domestik yang pada hakikatnya merupakan ‘diskriminasi positif’ mengambil kira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan.

d)    Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak berlandaskan SOGI - Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Malah terdapat juga tekanan untuk antara lain menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat atas dasar hak asasi manusia.

e)     Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Sekiranya hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat membenarkan perkahwinan sejenis dan banyak lagi.

f)      Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak istimewa kaum Melayu  didakwa bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai 'alat politik' dimansuhkan.  Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

g)    Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan jenayah syariah dan enakmen atas alasan  ''mengganggu hak peribadi.''

Comango juga didakwa mewujudkan kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia.

Di antaranya termasuk kes tuntutan penyalahgunaan  kalimah Allah oleh penganut Kristian yang hanya akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia pada 14 Oktober ini.

Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang Islam.

Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak di bawah umur  juga dijadikan isu hak asasi manusia.

 Tuntutan sebegini bukan  sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti Comango.

Sehubungan itu, kita mendesak kerajaan Malaysia tidak melayan atau akur kepada tuntutan Comango itu yang tidak mengambil kira susur galur adat, budaya dan agama masyarakat di Malaysia.

Tiada agama di dunia ini yang memperakui perbuatan zina dan homoseksual.

Perlu di tegaskan tuntutan untuk menerapkan nilai universal di bumi Malaysia bertentangan dengan pernyataan Perkara 8 Deklarasi Bangkok 1993 yang mengiktiraf hak asasi manusia adalah bersifat universal.

“Ia mesti diambil kira untuk membuat piawaian norma masyarakat dengan memberi penekanan kepada ciri tempatan dan setempat berdasarkan latarbelakang sejarah, budaya dan agama,” .

Pelbagai pihak perlu bersedia membantu kerajaan dalam apa jua bidang berkaitan dan kepakaran di dalam merumuskan sama ada untuk menerima atau menolak tuntutan Comango.

Satu persoalan untuk semua umat Islam ambil perhatian ialah  tindakan Majlis Peguam Malaysia yang turut menyokong tuntutan Comango ini dan meminggirkan pandangan peguam beragama Islam berkaitan hal ini.

Apakah Majlis Peguam Malaysia mempunyai mandat khusus daripada peguam beragama Islam dalam pandangan dan tindakan yang jelas bertentangan dengan agama Islam?

Suhakam juga dilihat tidak berperanan  selari dengan  fungsi dan kuasa Suhakam sebagaimana yang termaktub dalam seksyen 4  Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 dalam mempromosi dan mengambil tindakan hak asasi manusia yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 4(4) Akta tersebut jelas memperuntukkan Suhakam  mesti memberi perhatian kepada Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytharan itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan yang dibuat Comango sebenarnya tidak mengambil kira Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi merupakan agama bagi Persekutuan.

"Cabaran yang dihadapi umat Islam yang diterajui atas nama hak asasi manusia kebanyakannya berlatarbelakangkan fahaman yang tidak selari dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme serta universalisme.

"Adalah amat penting bagi kerajaan tidak tunduk kepada tekanan ini dan mempertahankan Islam sebagai agama bagi Persekutuan sejajar dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan untuk memelihara Islam pada setiap masa,"  

Sehubungan itu, kita perlu memantau dan menghantar wakil  ke Geneva dalam masa terdekat ini bagi memantau, meneliti, mengkaji dan memberi pandangan kepada pihak kerajaan semasa UPR nanti bagi menangkis segala usaha menjejaskan kedaulatan Islam dan negara.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Love and Care