Headlines News :

>
Home » , , , , » Malaysia Terus Bangkit Bertindak Dalam Persaingan Pemikiran Pemimpin-pemimpin Dunia

Malaysia Terus Bangkit Bertindak Dalam Persaingan Pemikiran Pemimpin-pemimpin Dunia


Tertarik dengan catatan pada FB Datuk Nasir Safar

"LONDON MENJADI PUSAT KEWANGAN ISLAM ............ Itulah antara pengakuan Perdana Menteri Britain . David Cameron . Perkembangan terbaru berlaku diluar Negara2 Islam . Ini membuktikan perbankan Islam mampu bersaing dgn perbankan konvensional . Semuga Malaysia terus bangkit bertindak dlm persaingan pemikiran pemimpin2 dunia ."

Secara kebetulan, saya sedang chat dengan FB Shahrul Ahmad Shah 


Shahrul saya mula mengenali pada tahun 2008 semasa bersama dalam syarikat Networking di Malaysia.

"shah punya biz tu ayah.
shah skarng ne melahirkan jutawan segera anak melayu,sebrapa pantas yg boleh dulu kita player skarang shah mpunya sistem sendiri dan syarikat,untuk menbantu bangsa melayu,yg mane nampak jln terus,yg tak nampak belajar,"



HIDUNG PESET PENERAJU EMPAYAR ISLAM.


وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar. Ar-Ra'd: 7

Tuhan sebut di dalam Quran, setiap etnik atau bangsa akan didatangkan nabi atau pemimpin. Begitu juga disebut setiap etnik atau bangsa itu Tuhan pergilirkan untuk menerajui kepimpinan Islam sesama mereka. Bangsa yang mula-mula diberi peranan ialah bangsa Arab, dan terakhir yang menjadi empayar ialah Kerajaan Usmaniah iaitu bangsa Turki. Kini tiba masanya pula giliran orang melayu atau bangsa melayu menerajui empayar atas nama Islam.

Imam Mahdi, atau dikenali sebagai Sayyidi Syeikh adalah berasal dari Tanah Jawa. Begitu juga Abuya Putra Bani Tamim, juga berasal dari Tanah Jawa, iaitu Wonosobo. Tahukah kita dari mana asal-usulnya bangsa melayu ini? Adakah seperti yang diceritakan di dalam buku-buku teks sekolah, ianya berasal dari bangsa hindu?

Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini.

Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”


Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.

Salasilah atau nasab Sayyidi Syeikh seperti yang tertulis dalam Manakib Syeikh Muhammad As-Suhaimi oleh Syeikh Haji Muhammad Taha Suhaimi bin Syeikh Fadhlullah Suhaimi bin Sayyidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi; cucu sulong Sayyidi Syeikh As-Suhaimi.

Nasab atau asal-usul atau keturunan Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) ialah Muhammad bin Abdullah bin ‘Umar bin Abdur-Rahim bin Abdul­ Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdur-Razzaq Al-Madani bin Hasan bin ‘Ali bin Ahmad bin Abu Bakr Asy-Syaibani bin Muhammad Asadullah bin Hasan At-Turabi bin ‘AIi bin Muhammad Al-Faqih bin ‘Ali bin Muhammad Sahibul-Marbat bin ‘Ali Khali’ bin ‘Alawi Ats-Tsani bin Muhammad bin ‘Alawi Al-Awwal bin ‘Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin ‘Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin ‘Ali Al-’Aridhi bin Ja’far As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin ‘AIi Zainal-’Abidin bin Saiyidina Hussain bin Saiyidina ‘Ali bin Abu Talib, dan sedia maklum bahawa ibu Saiyidina Hussain itu ialah Saiyidatina Fatimah binti Rasulullah s.a.w.
.
Share this article :

0 comments :

 
Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Love and Care