Suatu kejadian yang dialami oleh seorang rakyat biasa Malaysia, gelarannya Pak Ya, telah berlaku pada kira-kira lebih enam bulan lalu. Beliau bukanlah ahli jemaah Global Ikhwan, tetapi sangat menyokong perjuangan Abuya. Beliau merupakan seorang ahli PEKIDA, boleh dikatakan orang kuat persatuan itu. |
Ramai yang mendapat pelajaran dari pengalaman Pak Ya. Musuh-musuh
Abuya pula seperti biasa mengambil peluang ini dengan mengatakan apa
yang Pak Ya jumpa tu syaitan! Begitu mudah sekali mereka membuat kesimpulan! Dua orang pejuang Islam yang gigih tersebut dikatakan jelmaan syaitan. Mungkin jelmaan ‘bapak’ raja Syaitan, kata mereka. Sanggup mereka menuduh syaitan dengan mudah dapat mempermain-mainkan kedua pejuang Islam tersebut yang diyakini adalah Sheikh Muhammad Abdullah As Suhaimi dan Sheikh Imam Ashaari Muhammad at Tamimi. Cuba ulangkaji balik kisah karamah mereka dalam blog ini: |
Blog 1 - Saturday, 8 June 2013 Bersama Pak Ya
Gambar
1. Pak Ya sedang berkongsi pengalaman kepada remaja yang terlibat dengan rokok dan dadah
2. Pak Ya....
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Malam ini Pusat Jagaan Merubah Hati didatangi oleh seorang yang dikenali dengan panggilan Pak Ya sebaik sahaja kami selesai mengerjakan solat Maghrib. Mengambil masa 30 minit bersama para penghuni PJMH, menceritakan sepanjang hidupnya selama 58 tahun, tidak ada kejahatan yang dia tidak lakukan.
0 comments :
Post a Comment