FORMULA MALQA SALIS
RAHSIA KATA KUNCI MELAKA & KELANTAN:
MELAKA + KELANTAN = RAHSIA AKHIR ZAMAN
MELAKA + KELANTAN = MALQA SALIS (MELAKA SOLID)
PARAMESWARA + RAJA QUMAR = SULTAN ISKANDAR SHAH
MELAKA + KELANTAN = MALQA SALIS PEMBUKA & PENUTUP
MELAKA + KELANTAN = KESULTANAN AHLUL BAIT NUSANTARA
MELAKA + KELANTAN = RAJA-RAJA BERIMAN
MELAKA + KELANTAN = SULTAN & KETUA SULTAN
KANCIL + KIJANG = LAMBANG MELAKA SOLID
**Kesemua Formula tersebut adalah Rahsia peranan Melaka Solid Pertama & Kedua.
|
Sultan Mansur Shah |
PEMBUKA MELAKA SOLID
Siapakah pembuka Melaka Solid?
Menurut sejarah yang sahih, Pembuka atau Pengasas kepada Melaka Solid adalah Maharaja Parameswara dan Maharaja Qumar (Pengiring & Pembantu).
Apakah kaitan antara kedua individu ini?
Maharaja
Parameswara dan Maharaja Qumar adalah Sahabat baik, Mereka Berjuang dan
Berkelana Bersama-sama dan saling hormat menghormati antara satu sama
lain.
Bagaimana mereka memeluk Islam?
Islam
itu datang dengan penuh keajaiban, lantas mereka berdua juga menerima
islam dengan cara yang ajaib, Sebelum mereka memeluk islam, Allah s.w.t
mengurniakan Taufik Hidayah kepada mereka melalui Mimpi Benar dan Rasa
Hati akan kebenaran Islam.
Mereka berdua Di Islamkan oleh Para Pendakwah Rasulullah dari Tanah Arab pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah lagi.
Nusantara pada masa itu sudah beransur-ansur diIslamkan oleh Pendakwah Rasulullah sejak dari Zaman Khulafa Ar-Rasyidin lagi.
Mereka berdua telah menyaksikan Kebenaran diatas Sabda Rasulullah s.a.w di dalam hikayat Pasai menyatakan Sebuah "Negeri dibawah angin", perkara ini merujuk kepada Melaka Solid iaitu Malqa Salis Pertama.
Nusantara
sebelum Islam dikuasai pengaruh Agama Hindu dan Buddha. Kedatangan
agama tersebut dilihat tidak berjaya membina dan membentuk jiwa Bangsa
Melayu Baharu, malah Bangsa Melayu pada masa itu masih mengamalkan
ajaran kuno dan Primitif seperti manusia yang tidak BerTuhan (Aties).
Apakah Kesan positif terhadap Mereka Berdua setelah Memeluk Islam?
Perubahan ketara apabila Maharaja Parameswara memeluk Islam, Baginda telah menukar Gelaran "Maharaja" Kepada "Al-Sultan".
Baginda juga telah memakai Gelaran "Al-Sultan Iskandar Shah", Pengasas Kerajaan Islam melayu melaka.
Kerajaan Islam melayu Melaka merupakan Pengasas iaitu Pembuka kepada Melaka Solid Pertama, "Kesultanan Melayu Ahlul Bait" di Nusantara.
Kerajaan melaka bukan sahaja terkenal dengan Pelabuhan Import Eksport yang terkenal di seluruh dunia, tetapi kewibawaan Kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia dalam melaksanakan Islam itulah dia Melaka Solid.
Allah s.w.t Mengurniakan Karomah Kepimpinan yang banyak kepada Al-Sultan Iskandar Shah dalam membagunkan Sebuah kerajaan melayu Islam yang digeruni lawan disegani kawan.
Melaka
Solid pada masa itu terkenal di mata dunia kerana menjadi persinggahan
rasmi perhubungan antara Timur dan Barat. Ramai yang cemburu dengan
kewibawaan Melaka Solid dalam mengendalikan peradabannya bersama Islam.
Melaka
Solid Pertama (Pembuka) juga giat mengadakan perhubungan diplomatik
antarabangsa seperti dengan Maharaja China. Perhubungan ini berlaku
dengan rancaknya dari generasi ke generasi seterusnya lantas menjadikan
melaka sebuah Kerajaan Melayu Islam yang diiktiraf Dunia.
Apakah gelaran Maharaja Qumar setelah memeluk Islam bersama Raja Parameswara?
Maharaja
Qumar adalah seorang sahabat baik yang beradab dan berperawatakan baik.
Setelah Maharaja Qumar bersama-sama membantu Maharaja Parameswara dalam
membagunkan "Melaka Solid Pertama", Maharaja Qumar meminta Izin
Kepada Sahabat Baiknya untuk keluar mengembara dan pulang ke Utara untuk
membina Kerajaan Melayu Islam yang lain.
Maharaja Qumar telah mengasaskan sebuah kerajaan melayu islam di Kelantan yang pada masa itu dikenali sebagai Negeri "Tanjung Pura", Baginda Juga telah memakai Gelaran "Sultan" dan nama Islam Baginda ialah "Al-Sultan Iskandar Shah II"
Pewaris kerajaan baginda adalah "Kesultanan Raja Jembal"
yang pernah suatu masa dahulu mentadbir Kelantan di Kota Bahru dan
seluruh Kelantan selepas penggabungan kedua kerajaan melayu Islam
kelantan di sebelah utara dan selatan (Kerajaan Cik Siti Wan Kembang).
Kerajaan
Melayu Islam Kelantan Bernaung di bawah Melaka Solid Pertama sehingga
zaman Sultan Mahmud Shah (Sultan Terakhir di "Melaka" sebelum Jatuh pada
1511).
Apakah kesan daripada kejatuhan melaka yang diasaskan oleh mereka berdua?
Melaka Solid Pertama iaitu Malqa Salis Ketiga telah berjaya dirampas Yahudi Protugis iaitu "Si Penjajah Bermata Dua" pada 1511.
Akibat Rampasan Malqa Salis oleh penjajah bermata dua, Kerajaan Melayu Islam di Nusantara mulai melemah sedikit demi sedikit,
sebelum penjajah bermata dua menjajah keseluruh Nusantara dengan
memisahkan dan menghapuskan sistem beraja di Nusantara kecuali di Tanah
Melayu dan Brunei.
Selepas Melaka dirampas Yahudi Protugis, Kesultanan Acheh Darul Salam
memainkan peranan menyatukan kembali kerajaan-kerajaan melayu di
nusantara dan bernaung di bawah Kekhalifahan Turki Uthmaniyah di
Islambol.(Menyambung Kerja Melaka Solid)
Sesungguhnya
setiap perkara yang dibuka dengan indah, penutupannya juga adalah indah
sama sekali, inilah perulangan yang ditunggu-tunggu, di mana peranan
Melaka Solid Kedua bakal kembali memeriahkan dan menguatkan Islam lantas
menjadi Empayar Kesultanan Melayu Islam. (Menyambung Kerja Daulah Turki Uthmaniyah).
|
Sang Kancil Lambang Kerajaan Melaka = Malqa Salis? |
|
Sang Kijang Lambang Kerajaan Kelantan = Malqa Salis? |
PENUTUP MELAKA SOLID
Siapakah Penutup Melaka Solid?
Penutup Melaka Solid adalah berkesinambungan kepada Pembuka Melaka Solid, Setiap Perkara yang dibuka secara rasmi akan ditutup juga secara rasmi.
Di akhir zaman, Kebangkitan Malqa Salis kedua di ketuai Tuan Kepada Melaka Solid iaitu Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J.
Sayidina
Fata Al-Hasyimi dibantu oleh Sultan-sultan Nusantara dan Melaka Solid
bakal dibagunkan kembali bersesuaian dengan Kata-Kata Mujadid ke 14
iaitu "Islam Bangkit di sebelah selatan" (Melaka Solid).
Apakah peranan Melaka Solid Kedua?
Peranan utama kembalinya Melaka Solid adalah untuk Islam, Islam yang kuat dan bangkit melalui Institusi diraja di Tanah Melayu.
Sekarang Melaka Solid masih terkesan dari peristiwa 1511, Sudah hampir 503 Tahun Melaka tiada BerSULTAN.
Apakah ciri-ciri Melaka Solid?
Kebangkitan Raja-raja melayu yang Haq akan dimulakan oleh Melaka Solid, seterusnya merebak ke seluruh nusantara secara berperingkat membentuk kembali Kesultanan Ahlul Bait di seluruh Nusantara.
Melaka Solid Bakal ditadbir oleh Sultan yang haq dari pewaris yang Sah, Iaitu dari belahan Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mahmud II (Mangkat Dijulang di Kota Tinggi).
Istimewanya
penutupan Melaka Solid ini, Melaka kembali bakal menjadi Pusat
Pemerintahan ulung Kesultanan Ahlul Bait Nusantara, Ketua Sultan
Nusantara Bersemayam di Negeri Melaka Solid, oleh yang demikian Melaka
Solid sekali lagi menyaksikan adanya Sultan dan ketua Sultannya, walaupun kini tiada BerSULTAN.
Siapakah Tuan kepada Melaka Solid dan Sultan Melaka?
Seperti pendedahan esklusif sebelum ini, sudah dijelaskan Tuan kepada Melaka Solid (Ketua Sultan) adalah Duli Yang Berbahagia Paduka Mulia Tuanku Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J. Baginda digelar "Amirul Malqa Salis Kedua".
Untuk Sultan Melaka yang baharu selepas kejatuhannya selama 503 Tahun tanpa BerSULTAN bakal memakai gelaran khas iaitu "Al-Sultan Mahmud III Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud II".
Perkara ini adalah perulangan dimana Melaka Solid Memiliki Ketua Sultan dan Sultannya, sama seperti Melaka Solid pertama dahulu, Mempunyai Al-Sultan dan Pembantu kanan Al-Sultan (Penasihat & Pembantu).
Apakah maksud Melaka Solid yang disampaikan oleh Mujadid ke-14 kepada Jemaah Ikhwannya?
Seperti pendedahan sebelum ini, Kod Rahsia "Malqa Salis" dipecahkan oleh Mujadid ke-14 yang membawa maksud "Melaka Solid".
Melaka solid
ditujukan kepada seorang Individu yang terahsia dan sangat disimpan
oleh Mujadid ke-14 (Pemuda Bani Tamim) iaitu seorang pemuda gagah
perkasa dari Bani Hasyim iaitu Pemuda Bani Hasyim.
Beliau adalah "2" Pemuda yang bertanggungjawab Melemahkan Si "6" sebelum ketibaan yang "7".
Tuan kepada Melaka solid ini membentuk rakyat dan pengikutnya yang berhati Solid, dan kedatangannya adalah untuk mencukupkan Kuota Ikhwan sebelum
bertempur dengan As-Sufiani dan ketika peristiwa bai'ah kepada Imamul
Mahadi, Fata At-Tamimi bersama Fata Al-Hasyimi sudah menyediakan Ikhwan-ikhwan 313 yang Berhati Solid.
Kita semua sedia maklum, Sayidina Fata At-Tamimi adalah Pembantu kanan kepada Sayidina Imamul Mahadi, tetapi ramai yang tidak tahu bahawasanya Sayidina Fata Al-Hasyimi adalah pembantu kanan kepada Sayidina Fata At-Tamimi.
Ucapan Dasar Mujadid ke-14 (Sayidina Fata At-Tamimi) kepada Jemaah Ikhwannya dengan menujukan kepada Jemaah ikhwan Melaka iaitu dengan mengucapkan "Melaka Solid" yang diulang-ulang sebanyak Tiga Kali (Sambil menunjukkan Isyarat Tangan Bagus) adalah bermaksud Kata-kata Harapan dan Kebanggaan (Kesyukuran) Fata At-Tamimi kepada Fata Al-Hasyimi yang menjadi "Tuan kepada Melaka Solid" dan "Pemangku Jemaah Ikhwan".
Bilakah perkara ini bakal berlaku?
Dijangkakan perkara ini berlangsng sekitar tahun "153" atau "313".
Tahun ini adalah satu kod rahsia yang masih rahsia dan tersembunyi,
terdapat di dalam Atsar Sahabat dan Tabi'en menyebut tanggal "153". Hakikatnya Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.
KESIMPULAN
Malqa Salis atau Melaka Solid adalah sebuah kebangkitan Islam dan Empayar Islam di akhir zaman, Melaka solid terbahagi kepada dua yang perlu difahami iaitu:
Malqa Salis - Melaka Solid Pertama (Pembuka - Pengasas)
Malqa Salis - Melaka Solid Kedua (Pembangkit - Penutup)
"Setiap perkara yang dicetuskan, pasti ada perulangannya, setiap perkara yang dibuka, pasti ada penutupannya".
Jelaslah kepada kita bahawa Pembuka Melaka Solid adalah Sultan Iskandar Shah R.H & Sultan Iskandar Shah II R.H dan Penutup Melaka Solid pula ialah Amirul Al-Sultan Wa Daulah Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J & Al-Sultan Mahmud III R.A.
Selepas peristiwa penutupan Melaka Solid Darul Islam Secara Rasmi,Ini adalah simbolik berakhirnya zaman Mujadid ke-14. Sayidina Fata Al-Hasyimi menyerahkan KeKhalifahan Empayar Islam kepada Sayidina Imamul Mahadi (Khalifah Mujadid ke-15) dalam menguruskan dunia Islam di akhir zaman.
|