MUKADIMAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Kata kunci Kecemerlangan Islam"
Ada apa dengan 1453 dan 1511? Apakah kaitan kedua-duanya? Sebenarnya seperti ada sejarah yang terselindung dan tersembunyi daripada pengetahuan umat Islam, perkara ini sengaja disorok daripada pengetahuan umat islam di seluruh dunia oleh yahudi penjajah.
Di Malaysia, segala pengajian sejarah dan bahan-bahan asas pendidikan adalah dirujuk diambil daripada "Oxford University" di London Britain.
Buku-buku rujukan sejarah dan buku teks sekolah menengah Tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 adalah diambil dari bekas penjajah malaysia sendiri iaitu British.
PENGALAMAN PENULIS BELAJAR SUBJEK "1453 - 1511"
Penulis ingin berkongsi pengalaman belajar "sejarah" di sekolah, pernah satu ketika dahulu, diri ini selalu tertanya-tanya di dalam hati, kenapa Sejarah kerajaan-kerajaan Islam (kesultanan Melayu) di Nusantara tidak diketengahkan (diceritakan) sepenuhnya dan kenapa hanya banyak bercerita mengenai kisah kejatuhan "kota emas islam" di nusantara dengan tahun "1511" serta pengajaran kejatuhannya sahaja, tidak diceritakan pula perkara yang lebih lanjut apakah dasar-dasar perlaksanaan hukum islam yang diamalkan juga kejayaan besar di dalam kerajaan islam tidak diceritakan dengan lebih lanjut.
Seterusnya di peringkat tingkatan yang lebih tinggi, semakin timbul lebih banyak kemuskilan kerana apabila masuk Bab peradaban Daulah-daulah islam seperti Khulafa Ar-Rasyidin,Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah tidak diceritakan sepenuhnya,hanya banyak menceritakan permulaan peradaban dan pengajaran kejatuhannya sahaja, alangkah malangnya hanya meneladani kejatuhannya serta tidak pula menceritakan rahsia kejayaan peradaban mereka ibarat "Sekadar membaca isi muka hadapan dan belakang sesebuah buku sahaja".
Di dalam pembelajaran subjek sejarah tersebut, Penulis gagal menemukan jawapan kaitan 1453 dengan 1511, apakah ada "pertembungan" (perhubungan Ukhwah Islam) antara kedua-dua kerajaan berpengaruh ini di dunia?
Sedangkan pada masa itu Daulah Turki Uthmaniyah menguasia 2/3 dunia dan Kerajaan Islam Melaka menaungi kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara, lebih memalukan lagi, kisah Muhammad Al-Fateh bersama 1453 tidak diceritakan tetapi Penjajahan Protugis bersama 1511 di melaka banyak diceritakan.
Penulis juga pernah mempelajari subjek Pendidikan Islam, di dalam buku teksnya,terdapat satu Bab yang menarik serta menjadi perhatian penulis semasa itu, iaitu Bab Peradaban Islam, di dalamnya hanya menceritakan sejarah peradaban Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah, dan Bani Abassiyah, sekadar menceritakan secara ringkas peradabannya dan kejatuhannya, yang mengaibkan lagi, penulis mula perasan semasa pembelajaran tersebut, sejarah peradaban Kerajaan Daulah Turki Uthmaniyah tidak diceritakan (Seperti disorokkan) di dalam sukatan buku teks pendidikan islam tersebut.
Oleh kerana rasa ingin tahu dan sudah lama menjadi persoalan dihati, Penulis memberanikan diri bertanyakan satu "Soalan cepu emas" yang telah lama tersimpan kepada seorang guru mata pelajaran tersebut:
Penulis Bertanya:
"Ustaz, Saya hendak bertanya, kenapa di dalam Bab Peradaban Islam ini, sukatan pembelajarannya hanya menceritakan sejarah peradaban islam sehingga Daulah Abbasiyah sahaja, Kenapa tidak disambung sehingga Daulah Turki Uthmaniyah?"
Ustaz lantas menjawab:
"Peradaban Daulah Turki Uthmaniyah tidak ada di dalam sukatan Pendidikan Islam kerana jaraknya dengan zaman sekarang terlalu dekat & Subjek sejarah yang kamu pelajari sudah menceritakan kesemuanya".
Setelah mendengar jawapan kepada soalan tersebut, hati penulis bingung dan semakin tertanya-tanya, Apakah asbab utama tidak diketengahkan sejarah peradaban ini? penulis hanya tunduk diam dan tidak berpuas hati dengan hasil jawapan yang diberikan Ustaz tersebut.
Dalam perkara ini, Ustaz tersebut tidak boleh dipersalahkan, kerana kita semua sememangnya telah ditipu sejarah rekaan yahudi dan Bangsa melayu sekarang pula sudah kurang menekankan soal pembelajaran sejarah, kerana "Sejarah itu berulang dan bukan hanya tinggal sejarah" sesuai dengan Jadual Allah dan Janji Allah untuk Islam.
Umat Islam sudah lama dipermainkan oleh Sejarah susunan dan rekaan "Yahudi Oxford", itulah sejarah ciptaan Yahudi yang hanya mengetengahkan permulaan dan pengakhiran, seperti "Mengenali Hujung dan Pangkal,di tengah-tengah tiada kelihatan adakah berlubang atau bersinar" itulah kecemerlangan yang disorok-sorok dari umat Islam dikhuatiri umat islam akan mendapat sumber kekuatan, sedangkan yahudi tidak mampu menolak Ilham dan Khasyaf hati umat islam dalam "meneropong kecacatan" sejarah yang diconteng yahudi.
MUSLIHAT PENJAJAH MENYOROK FAKTA SEBENAR KEKUATAN & KEJAYAAN PERADABAN ISLAM
Berdasarkan pengalaman penulis dan semestinya pengalaman kesemua bekas pelajar "Sukatan Oxford", perkara utama yang boleh dipelajari adalah rasa dipermainkan dan ditipu oleh "Yahudi Oxford".
Peradaban Islam yang dimulakan oleh Paduka Baginda Rasulullah s.a.w, bersambung kepada Khulafa Ar-Rasyidin sehingga Daulah Turki Uthmaniyah tidak diceritakan secara telus, sekadar mempersenda mengejek akan kejatuhan kelemahan Islam kini.
Itulah yahudi, Kerjanya meracuni mencemari Sejarah kegemilangan Islam zaman silam. Islam semakin terhina dan tidak nampak hebat hasil "Brain Wash" yahudi secara senyap.
Antara beberapa fakta Islam yang ditakuti Yahudi jika perkara ini diketahui difahami oleh kesemua umat islam adalah:
- Rahsia kekuatan peradaban dan kejayaan Islam adalah Taqwa (Mencintai Allah & merindui Rasulullah), yahudi telah berjaya memisahkan Umat Islam daripada Allah dan Rasul.
- Pertembungan Peradaban Islam antara kerajaan Islam Nusantara dengan Daulah Bani Umaiyah sehingga Daulah Turki Uthmaniyah.
- Zaman Rasulullah dan Sahabat (Khulafa Ar-Rasyidin) pernah mengirimkan Utusan Islam kepada Nusantara.
- 1453 tahun kejatuhan Yahudi Rom Otordoks ke tangan Islam, mereka membalas dendam pada siri "penjelajahan dunia baru" dan berjaya melempiaskan dendam terhadap Kerajaan Kesultanan Melaka Darul Islam pada 1511 dan kemuncaknya menumbangkan Daulah Turki Uthmaniyah 1923.
- Dalang utama menjatuhkan Daulah Turki Uthmaniyah melalui "British" dengan agenda perang dunia pertama.
- Agenda Perang dunia pertama adalah untuk menjatuhkan Daulah Turki Uthmaniyah dan Perang dunia kedua untuk "mencorak dunia baharu" mengikut sistem yahudi.
- Yahudi menghina Islam dengan pelbagai Kod rahsia agenda Iluminiti di dalam pelbagai produk mereka yang dieksport ke seluruh dunia terutama negara Islam, mengred dan mengklasifikasikan produk-produk mereka dengan beberapa versi seperti (1511,311,1923 dan sebagainya), mempelbagaikan promosi dan agenda 1511.
Antara contoh beberapa Produk dan Pelbagaian agenda untuk mempersenda "1511"
|
Nama jalan di Texas Amerika |
|
Perkakasan Komputer dari Amerika |
|
"Cafe 1511 di Melacca Town" |
|
Perkakasan Elektronik |
|
"Team Robotik pada acara robotik sedunia" |
Agenda 1511 adalah satu kejayaan mereka melemahkan Islam di Nusantara semasa Islam di Daulah Turki Uthmaniyah masih kuat menaungi Dunia Islam, Daulah turki Uthmaniyah ibarat kehilangan Anak Emas / Anak Sulung di Nusantara. Sebab itu Yahudi meraikan dan menjadikan 1511 sebagai agenda rasmi mereka.
PEMBONGKARAN RAHSIA 1453 DAN 1511
Apa itu 1453 dalam sejarah Islam?
- Tahun kemenangan Islam menawan Konstantinopel (Kota pusat pemerintahan Rom Byzantine Timur)
- Rakyat Rom Byzantine menjemput "Islam" membebaskannya daripada kekejaman Maharaja Rom Byzantine Timur.
- Rakyat Rom Byzantine turut membantu memudahkan urusan pembebasan mereka daripada kekejaman "Firaun Rom Byzantine"
- Rakyat Rom Byzantine timur berfahaman Kristian Ortodaks berbondong-bondong masuk Islam.
- Rakyat Rom Byzantine melihat sendiri Akhlak Sebaik-baik pemimpin itulah pemimpinya, Sebaik-baik tentera itulah tenteranya, dan sebaik-baik rakyatnya itulah rakyatnya. (Mereka Rakyat Rom Byzantine Timur menyaksikan kebenaran daripada Sabda junjungan Rasulullah s.a.w).
- Sultan Muhammad Al-Fateh R.H mendapat Ilham agar menjadikan Konstantinopel sebagai Pusat pemerintahan Islam Daulah Turki Uthmaniyah serta menjadikan Gereja utama Rom Ortadoks "Aya Sofia" Dijadikan Masjid utama Daulah Turki Uthmaniyah.
- Rentetan peristiwa Rakyat bekas naungan Rom Byzentine Timur beramai-ramai mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, Muhammad Al-Fateh menamakan Konstantinopel kepada "Islambol" bermaksud Islam keseluruhannya.
Rahsia Kod 1453:
1= Nur Muhammad s.a.w
4= Khulafa Ar-Rasyidin & Khulafa Akhirul Zaman
Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah mendapat petunjuk)
- Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A
- Sayidina Umar Al-Khattab R.A
- Sayidina Uthman Bin Affan R.A
- Sayidina Ali Bin Abi Talib R.A K.W.J
Khulafa Akhirul Zaman (Khalifah akhir zaman)
- Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
- Sayidina Abuya Fata At-Tamimi R.A
- Sayidina Haris Al-Harras R.A
- Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
5.3 = 503 Tahun Melaka tiada BerSULTAN.
Rahsia kod 1511:
1= (Mata satu) Dajjal Al-Maseh Laknatullah
5= 5 wakil Dajjal seperti Pope, Paus,Pendeta yahudi, Ibu gereja & Bapa gereja.
11 = 11 Penjajah terkenal (wakil mata satu)
- British
- Belanda
- Protugis
- Sepanyol
- Perancis
- Itali
- Amerika
- Rusia
- Denmark
- German
- Jepun
1511: menjadi Inspirasi kepada Bangsa Eropah dan Amerika agar keluar menjajah demi meyampaikan "Mesej Mata Satu" kepada dunia oleh penjajah bermata dua.
1453 = 2013 di MALQA SALIS?
"Malqa Salis Islam" adalah 1453 + 2013
Akan tetapi "Malqa Salis Yahudi" 1511 + 1923
Malqa Salis merujuk kepada Nusantara "Negeri di bawah angin"
Sebenarnya Rasulullah ada menyampaikan Hadis mengenai "MALQA SALIS" tetapi disorok disembunyikan oleh kebenaran dan Kebatilan.
Sayidina Fata Al-Hasyimi insan bertanggungjawab yang akan mengemukakan Hadis "Malqa Salis" yang sebenar.
Hassan Ulubate adalah "Sebaik-baik tentera itulah tenteranya", kerana beliau adalah panglima komando elit Uthmaniyah pertama yang dapat menembusi tembok Istana Tokapi dan merupakan tentera pertama yang berjaya memacakkan Panji Perkasa Uthmaniyah (Simbolik kejayaan Penaklukan Kostantinopel oleh Islam) dan Syahid di atas istana Tokapi tersebut.
|
Komando Elit Turki Uthmaniyah Hassan Ulubate |
|
"Panji Perkasa Uthmaniyah yang pertama dipacakkan di istana Tokapi oleh Hassan Ulubate" |
HADIS RASULULLAH MENGENAI KONSTANTIN & NUSANTARA
Hadis Rasulullah s.a.w untuk Kostantin / Islambol:
Rasulullah
S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “Kostantiniyah (Islambol) akan
jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya
adalah sebaik-baik tentera”
(Hadis
riwayat Imam Ahmad)
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang
menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah
komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
[H.R. Ahmad
bin Hanbal Al-Musnad 4/335]
Dari Abu
Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia
ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau
Rumiyah?
Abdullah
meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan
kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka
lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?
Rasul
menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad,
ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Hadis mengenai Nusantara di dalam Hikayat Pasai:
Yahudi sangat faham Jadual Allah, lantas cuba melemahkan menjatuhkan kedua-duanya dalam peritiwa 1511 & 1908 / "1923" (secara rasmi)
Hadis Kostantin dan Nusantara adalah saling berkait ibarat seperti "Air yang dicincang tidak akan putus" itulah fakta yang sangat cuba disorok yahudi dan menjadi ketakutannya.
Sultan Melaka dan Pewarisnya (Dibantu Kerajaan-kerajaan Islam seluruh Nusantara) melancarkan Jihad Busyra (Jihad besar) kepada Yahudi Protugis untuk menawan kembali "Kota Emas Kesultanan Ahlul Bait Nusantara" .
Kerajaan Daulah Turki Uthmaniyah datang mengirimkan bantuan untuk kerajaan-kerajaan Islam Nusantara untuk menghalau Yahudi Protugis dari Melaka tetapi gagal kerana Bangsa Melayu pada masa itu berkepentingan nafsi-nafsi dan tidak bersatu hati.
Melaka hampir sahaja ditawan kembali oleh Kerajaan-kerajaan islam gabungan di nusantara tetapi gagal akibat "Munafik" Musuh di dalam selimut.
Sesungguhnya Allah S.W.T menyimpan Kerajaan Islam Nusantara pada masa itu dikenali sebagai "Sultan Kecil Turki Uthmaniyah" untuk masa akan datang yang lebih gemilang dengan Kesultanan Ahlul Bait Nusantara kembali Berdaulat serta menjadi "Sultan Besar Dunia Islam" menggantikan Daulah Turki Uthmaniyah.
Simbolik Perpindahan Daulah Turki Uthmaniyah ke Nusantara akan dilaksanakan oleh Sayidina Fata Al-Hasyimi r.a k.w.j yang bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan amanah ini, memindahkan Roh Islam Nur Muhammad dari Asia BarSayidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi (Mujadid ke-13) pernah berkata:
"Akan Sampai Masanya Turki Kecil Akan Membantu Turki Besar"
Rasulullah s.a.w berjanji bahawasanya Islam akan bangkit kembali di Timur, dinaungi oleh Sebaik-baik Pemimpin, Sebaik-baik tentera dan Sebaik-baik Rakyat.itulah Ikhwan dan Asoib.
Sesungguhnya Janji Allah itu Benar dan Berulang, Sabda Rasulullah ini ditujukan Khas kepada Islam di Kostantin dan Nusantara sebagai "Madinah Kedua".
"Muhammad Al-Fateh"
|