Headlines News :

>
Home » , , , » Alter Terahsia Melaka ( Siri 1 )

Alter Terahsia Melaka ( Siri 1 )

KESULTANAN AHLUL BAIT DI NUSANTARA 

MUKADIMAH

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara sudah lama bertapak di Alam melayu, Berkat dakwah para Salafus Soleh yang berjuang berhabis-habisan dalam menyebarkan Islam di Nusantara.


Sang Saka
Janji Tuhan
Rasulullah memberitahu bahawasanya Kebangkitan Islam di akhir zaman kedudukannya jauh di sebelah timur.

Para pendakwah yang turun ke Nusantara untuk mengislamkan Alam melayu ini adalah mereka yang bernasabkan daripada Ahlul Bait Rasulullah dan keturunan Sahabat yang terpilih.

Kebangkitan Islam di akhir zaman "umpama satu badan". Timur  adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah  tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak.

Begitulah simboliknya, Ikhwan adalah kata kunci bagi Timur,dan Asoib pula adalah bermaksud Khurasan.
"Jika tiada akar, tiadalah pokok dan buahnya". 

A TOUCH OF LOVE



I still say this is one of the prettiest songs I’ve ever heard and one of my favorites to sing. 

One thing John could do was translate deep emotions into song, and this love song is magnificent.  – Enjoy.  – Soria -




Semoga Allah mencucuri rahmat untuk roh 
Almarhum DULI TUANKU BONDA 
YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN BARIAH
 Kasih Sayang Kunci Perpaduan Sejagat.
 PERJUANGAN BELUM SELESAI. 
(Mahapatih Sri Nagasakti Jayapura Negara)


NEGERI DI BAWAH ANGIN

Negeri di bawah angin yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah Nusantara (Samudera). Nusantara terkenal dengan kepercayaan kuat terhadap alam ghaib (Tuhan) dan merindui perkara yang ghaib (Pesuruh Tuhan).

Rasulullah saw memang tahu bahawa suatu masa nanti Bangsa Melayu nusantara akan berbondong-bondong/ beramai-ramai menganut ajaran Rasulullah saw (Agama Islam). 

Para pendakwah ada yang bermimpi bertemu Rasulullah saw dan mengarahkan agar mencari jalan ke timur, pergi ke tanah melayu untuk mengislamkan mereka (Bangsa Melayu Nusantara). 

Bahkan semasa hayat baginda saw, baginda sendiri ada menghantar sahabat ke nusantara bagi membina perkampungan kecil Islam di nusantara yang diwaktu itu masih dikuasai ajaran Hindu dan Buddha.

Seterusnya, usaha kerjasama dengan kerajaan Nusantara berlaku selepas kewafatan baginda, pada zaman Khalifah Muawiyah Abu Sufian dan Khalifah Umar Abdul Aziz, Usaha dakwah dan perhubungan diplomatik terus giat berjalan, sehingga kepada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmniyah.


Nusantara sebelum dan selepas 
banjir besar Nabi Nuh A.S
Samudera yang Rasulullah s.a.w maksudkan adalah Nusantara, hendak pergi ke negeri dibawah angin tersebut, perlu belayar merentasi jalan laut yakni merentasi Samudera. kerana negerinya dikelilingi pulau-pulau, juga pertembungan tiga lautan di tiga penjuru kepulauannya.

Nusantara adalah tempat lahirnya wali-wali Allah berketurunan Ahlul Bait dan sahabat yang bertaqwa dan yang sangat bertaqwa, lantas berperanan penting di akhir zaman ini, mereka antaranya:
  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Abuya Al-Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Al-Haris Haras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
  • Khalifah Mujadid (Penghulu mujadid)
  • Mujadid ke 14 (Mujadid terakhir)
  • Imam Mujtahid Akhir Zaman                                           (Mazhab Imam Mahadi)
  • Ikhwan (Sahabat akhir zaman)
  • Asohib (Pembantu Sahabat akhir zaman)
  • Wali besar
  • Wali kecil
  • Pengasas Thoriqah yang muktabar
  • Pemimpin Thoriqah yang muktabar
  • Ulama muktabar
  • Ulama Amalin (Beramal dengan ilmunya)
  • Sultan-Sultan yang Haq (Kesultanan Nusantara)
  • Para pemimpin yang haq (Kerajaan Islam)
  • Mujahid (Pejuang) akhir zaman yang haq
Kesemua yang di senaraikan adalah berasal di tanah Nusantara, berperanan di zamannya dan di akhir zaman.

KESULTANAN AHLUL BAIT


Salahsilah Keslultanan Ahlul Bait di Nusantara
Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam di nusantara ini bernasabkan daripada Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein R.A.

Sebelum kedatangan Islam, bangsa melayu nusantara adalah sebuah bangsa yang taat setia kepada Raja dan kerajaannya. Kedatangan para pendakwah mengislamkan Raja-raja mereka turut dituruti (seluruh rakyat) dengan menganut ajaran yang dibawa (Islam) secara beramai-ramai.

Apa rahsianya mereka semua dapat taat setia dan percaya kepada ajaran yang dibawa oleh para pendakwah Islam ke negeri mereka?

Bangsa melayu nusantara sebelum kedatangan Islam, Allah kurniakan kepada mereka sejenis kekuatan bernama "Sakti" (Istidraj), Apabila mereka semua melihat "Karomah" (Lebih hebat dari sakti) yang ditunjukkan (yang dilihat) oleh para pendakwah yang datang untuk mengislamkan mereka, mereka berkelihatan aneh dan kehairanan, lantas yakin dan taat setia kepada arahan raja-raja mereka agar beramai-ramai memeluk Islam (Seruan memeluk ajaran Islam).

Sebelum kedatangan para pendakwah mengislamkan negeri dan kerajaan di nusantara, Para Raja-raja ada yang bermimpi diberi kefahaman dan ditunjuki jalan yang benar (Taufik dan hidayah), lantas mereka tidak keberatan menerima Islam yang dibawa oleh para pendakwah tersebut.

Bangsa melayu nusantara yang digelar Rasulullah s.a.w sebagai "Negeri di bawah angin" kerana mereka semua percaya dan yakin kepada perkhabaran ghaib yang disampaikan diserukan kepada mereka semua.

Apabila semuanya telah diislamkan, Allah menaikkan darjat Raja-raja mereka dan rakyat-rakyatnya di nusantara, "Sakti" telah bertukar menjadi "Maunah" atau "Karomah" mengikut keyakinan dan keimanan mereka semua.

Perkembangan ini juga dikukuhkan lagi dengan perkahwinan campur antara raja-raja melayu dengan keturunan Ahlul Bait dan Sahabat Rasulullah, juga para pendakwah bermukim dan berlaku perkahwinan campur dengan rakyat tempatan. dengan perkahwinan inilah mengukuhkan lagi tali persaudaraan dan mengembangkan lagi keturunan Ahlul Bait di Nusantara ini.

Seterusnya berlaku perkembangan ilmu dan dakwah yang terus berkembang pesat di seluruh Nusantara, kesedaran berTuhan yang hakiki dan kemanisan Iman sangat dirasai. Raja-raja melayu telah menukar gelaran mereka kepada Sultan-Sultan di Nusantara.

Selanjutnya telah wujud pelbagai Institusi diraja yaitu Kesultanan Melayu Ahlul Bait dan Kerajaan islam di Nusantara ibarat "Cendawan tumbuh selepas Hujan". Semuanya seiring dengan pergerakan dakwah yang sedang berkembang pesat ke seluruh wilayah Nusantara.

Terbinalah sebuah bangsa nusantara yang taat kepada agama, setia kepada pemimpin, memiliki identiti tersendiri, peradaban bangsa dan kerajaan Islam yang penuh keajaiban.

GELARAN SULTAN DI DALAM HADIS DAN ATSAR

Hadis Hassan dan Dhaif mengenai Al-Sultan

Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/no. 1664)

Atsar Tabi'en / Tabit tab'ien

Riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh Imam Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut: 

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.

Maksud Al-Sultan adalah Bayangan Allah di bumi adalah:

Al-Imam al-Munawi dalam "Faidh al-Qadir" ketika menafsir maksud: 
(Al-Sultan Bayangan Allah di bumi) beliau berkata:
“kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”                                                                       

MAKSUD GELARAN AL-SULTAN

Perkataan Al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti Al-Khulafa Al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. 

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah dengan memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman Sayidina Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah ini dengan gelaran khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan Turki Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan dari kalangan arab. Ada juga yang memakai Al-Malik iaitu ‘Raja’ dan sebagainya.

Jika kita semua hendak memahami maksud sebenar "penguasa bayangan Tuhan dalam Islam", fahamilah ucapan Atsar Sahabat utama Rasulullah s.a.w iaitu Sayidina Abu Bakr As-Siddiq apabila menjadi khalifah (Khalifah Rasulullah):

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud Sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu penafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan RasulNya.

SENARAI KERAJAAN NUSANTARA SEBELUM ISLAM

Sebelum kedatangan Islam, Nusantara sudah mempunyai kerajaan dan raja mereka yang tersendiri, sudah memiliki peradaban dan ketamadunan, semuanya dalam pengaruh agama Hindu dan Buddha.


  • Kerajaan Srivijaya
  • Kerajaan Majapahit
  • Kerajaan Siam
  • Kerajaan Khmer
  • Kerajaan Kedah tua
  • Kerajaan Langkasuka                                      (Kelantan, Pattani & Champa)

Kerajaan nusantara sebelum kedatangan Islam
SENARAI KESULTANAN AHLUL BAIT DI NUSANTARA 


Wakil Tanah Melayu
Jata Kesultanan Melaka Darul Islam
  • **Kesultanan Melaka Darul Islam
  • Kesultanan Kelantan Darul Naim
  • Kesultanan Kedah+Pulau pinang Darul Aman
  • **Kesultanan Pattani Darus Salam
  • Kesultanan Perak Darul Rizuan
  • Kesultanan Pahang Darul Makmur
  • Kesultanan Johor Darul Takzim
  • Kesultanan Terengganu Darul Iman
  • Kesultanan Selangor Darul Ehsan
  • **Kesultanan Negeri Sembilan Darul Khusus                                     (Seri menanti + Pagar Ruyong) *Adat pepatih dimansuh
  • Kerajaan Islam / Kesultanan Perlis Darul Sunnah
Jata kesultanan Ahlul Bait di Tanah melayu

Wakil Champa dan Kemboja












  • **Kesultanan Champa (Vietnam / Indochina)
  • **Kerajaan islam Kemboja

  • Laut Champa, gelanggang tempat orang-orang Melayu "bermain". Betapa eratnya hubungan di antara Tanah Melayu khususnya Kelantan dengan Kerajaan Champa sehingga wujudnya sebuah tempat yang digelar sebagai Pengkalan Chepa. 

    Wakil Borneo


    Bendera Kesultanan Brunei Darus Salam
    • Kesultanan Brunei Darus Salam
    • **Kesultanan Bolongan
    • **Kesultanan Banjar
    • **Kesultanan Sambas
    • **Kesultanan Kutai
    • **Kesultanan Berau
    • **Kesultanan Sambaliung
    • **Kesultanan Gunung Tabur
    • **Kesultanan Pontianak
    • **Kerajaan Islam Tidung


    Wakil Sumatera
    Bendera Kesultanan Acheh Darus Salam
    • Kesultanan Acheh (Pasai) Darus Salam 
    • **Kesultanan Palembang
    • **Kerajaan Jeumpa
    • **Kesultanan Peurulak
    • **Kesultanan Lamuri
    • **Kerajaan Daya
    • **Kerajaan Pedir
    • **Kerajaan Linge
    • **Kesultanan Langkat
    • **Kerajaan Riau-Bentan

    Wakil Jawa
    • **Kesultanan Cirebon
    • **Kesultanan Demak
    • **Kesultanan Banten
    • **Kesultanan Panjang
    • **Kesultanan Mataram 
    Wakil Maluku
    Bendera Maluku
    • **Kesultanan Ternate
    • **Kesultanan Tidore
    • **Kesultanan Jailolo
    • **Kesultanan Bacan
    Wakil Sulawesi
    • **Kesultanan Bone
    • **Kesultanan Gowa
    • **Kesultanan Makassar
    • **Kesultanan Buton
    Wakil Irian Jaya/ Papua
    • **Kesultanan Cenderawasih
    • **Kerajaan Kayangan                                                                                                                          
    Wakil Tausung - Lusung


    Bendera Kesultanan Sulu Darul Islam

    • **Kesultanan Sulu Darul Islam
    • **Kesultanan Meguindano
    • **Kesultanan Buayan
    • **Kerajaan Fi-Amanila

    Petunjuk senarai wakil: ** Akan datang

    Dalam senarai ini, hampir kesemua yang bertanda ( ** ) masih belum mendapat mandat dan kuasa sepenuhnya untuk mentadbir negeri dan wilayahnya, ada juga kesultanan dan kerajaan Islam yang sudah lenyap oleh kesan penjajahan dan bakal kembali didirikan oleh para sekalian pewarisnya yang haq.

    Inilah antara beberapa Kesultanan Ahlul Bait dan Kerajaan Islam yang masih wujud dan yang dikenalpasti. 


    "Bendera Sang Saka Nusantara"
    KESULTANAN AHLUL BAIT & TURKI UTHMANIYAH

    Pada Era Turki Uthmaniyah, Peranan Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini diibaratkan sebagai "Duta kecil kepada Turki Uthmaniyah". Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara menjadi penghubung kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah yang masa itu dikenali sebagai Payung Umaah Islam di seluruh Dunia Islam.

    Sultan-sultan di Nusantara diibaratkan seperti "Sultan Kecil Turki Uthmaniyah", (Wakil Turki Uthmaniayah) Sultan Turki Uthmaniyah pada masa itu adalah Sultan Besar kepada seluruh Dunia Islam.

    Segala Fatwa, perdagangan dan Kebudayaan, hubungan diplomatik adalah daripada Kerajaan Turki Uthmaniayah, Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini adalah "negeri naungan" kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah.

    Kerajaan Turki Uthmaniyah bertanggungjawab menaungi kesemua Kerajaan Islam (Dunia Islam), cuma selepas beberapa dekad, Kerajaan Turki Uthmaniyah mula melemah dengan pelbagai masalah dalaman, Para penjajah sudah mula menyelusup masuk untuk memecah belahkan Kesultanan Ahlul Bait di Nusantara ini, dengan kedatangan para penjajah ini seperti Protugis,Belanda,Sepanyol,Perancis,Inggeris,German, dan Amerika ke Nusantara, mereka telah menjajah dan memisahkan (memecah belahkan) seluruh wilayah nusantara agar tidak bersatu di bawah satu pemerintahan Turki Uthmaniyah.

    KESIMPULAN

    Untuk kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait kali kedua, Nusantara akan menjadi Empayar Islam untuk kebangkitan Islam kali kedua, Para Sultan-Sultan Nusantara Allah akan angkat darjat mereka menjadi Sultan Besar yang melindungi menaungi Seluruh Dunia Islam (Menjadi Wakil Khalifah Imam Mahadi) untuk berdakwah dan berjuang ke seluruh Dunia.

    Sekarang kita semua menuju ambang kemenangan Islam, iaitu kita sedang berada di Kebangkitan Era Empayar (Kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait) di Nusantara.

    Pentadbir utama Kesultanan Ahlul Bait Nusantara dan Kerajaan Islam merangkap Ketua Sultan (Amirul Al-Sultan Wa-Daulah) adalah "Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J" yang merupakan "ketua kabilah" dan ketua penguasa yang dilantik Allah untuk menjaga wilayah Nusantara sekaligus mengetuai Islam di Nusantara sebelum ketibaan rasmi Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S dan Sayyidina Abuya Fata At-Tamimi R.A, kesemuanya akan diserahkan segala isi dan kerajaannya kepada Khalifah Mujadid (Imam Mahadi) yang Allah datangkan Khas untuk kebangkitan islam kali kedua di bumi timur Nusantara.

    Marilah kita semua bersatu dibawah payung Sultan yang Haq, Adil, Amanah dan Bertaqwa, Islam pasti menjadi kuat dengan Sultan (Ketua Agama Islam), sebelum Islam menang di era Daulah Imam Mahadi nanti.

    Kebangkitan Kesultanan Ahlul Bait kali kedua adalah seiring kebangkitan Islam buat kali kedua, Islam menuju kemenangan, Islam tidak akan kalah-kalah lagi, Islam menuju daulah, Janji Tuhan itu Pasti.

    Share this article :
     
    Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
    Proudly powered by Blogger
    Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
    Template Design by Creating Website Published by Love and Care