Headlines News :

>
Home » , , » Benarkah Kenyataan Bahawa Orang Politik ......... ?

Benarkah Kenyataan Bahawa Orang Politik ......... ?

Berikutnya petikan luahan rakyat ...
Blog :  Suaramuhajirin313

Wahai Para Pemimpin Negara, Jenguklah Melihat Sengsaranya Rakyat Jelata!!

Kenaikan harga minyak kenderaan sudah melemaskan rakyat bawahan. Slogan ciptaan pembangkang terhadap BN sebagai 'Barang Naik' dilihat tepat kerana ianya berlaku selepas pilihanraya. Itulah nasib rakyat yang kehidupan seharian mereka semakin sulit dan mencekik. 
Kenaikan harga minyak akan dituruti peningkatan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan keperluan harian. Bagi orang susah 20 sen itu sangat besar dan bermakna. Mereka menabung sepuluh sen sehari untuk biaya membayar bil letrik setiap bulan. Mereka berjimat sambil setiap hari membilang wang siling yang masih berbaki. Kehidupan mereka tidak ada siapa memperdulikan. 
Mereka yang sesekali mendapat imbuhan BR1M sangatlah menghargai jasa PM menghadiahkan sumbangan sedemikian kepada mereka. Jasa dan bantuan sedemikian tidak dilupakan. Mereka bahkan menanti-nanti bilakah waktunya bantuan serupa akan berulang lagi. Tetapi itu semua bukankah tindakan untuk memujuk rakyat mengundi BN. Selepas pilihanraya, adakah rakyat akan dicekik semula untuk muntahkan semua yang selama ini kerajaan berikan?

Sedihnya Pak Lang melihat rakyat bawahan sekarang. Kehidupan rakyat rata-rata menderita. Hidup seperti berbaring di atas padang pasir yang tandus dan panas. Sumber pendapatan yang diusahakan dari pelbagai sumber tidak mampu menampung 'kebocoran-terpaksa berbelanja'. 
Kita mudah melihat ramainya warga emas turun bekerja di sektor kawalan keselamatan, menjadi jaga di pintu masuk perumahan mewah, menjadi tukang cuci di pusat membeli belah, menjadi kuli membersih kawasan dan sebagainya. Itulah lambang penderitaan rakyat. Mereka terpaksa bekerja. Ya mereka terpaksa kembali berhempas-pulas mendapatkan wang membiayai keperluan harian seorang tua yang bukan sedikit. 


DP Ayahanda Soria Paul Joseph Watson Alexander Emerick Jones....
YB Saifuddin Nasution Ismail Yb Amiruddin Yusof YB Datuk Hj Johan Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din PADUKA AYAHANDA ZAN UBAN (PERDA) Pelopor Untuk Program Transformasi Ekonomi Gabungan NGO
Share this article :

0 comments :

 
Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Love and Care