Marilah Mengekalkan Kasih Sayang
Dan Perpaduan
Kawan demi perpaduan marilah kita bermaaf-maafan
Demi dapat mengekalkan kasih sayang marilah kita berlebih kurang
Kawan tidak ada kasih sayang dan perpaduan satu seksaan
Marilah kita bersama mengekalkan kasih sayang dan perpaduan
Sudah lama kita berbalah dan berpecah-belah
Banyak urusan kita terbengkalai dan terabai
Jika kasih sayang di antara kita dapat dicantumkan semula
Alangkah bahagianya kekuatan kita berpadu semula
Sudah lama kita menderita akibat tidak ada perpaduan
Iaitu cintakan dan takutkan Tuhan semesta alam
Tidak ada tali pengikat selain cintakan Tuhan
Selain Tuhan adalah tali yang rapuh, mari kita tinggalkan
Kawan jangan tunggu berpecah berlama-lama
Takkan tidak ada jalan penyelesaian
Sudah diperkatakan tadi, marilah bersama cintakan Tuhan
Cintakan Tuhan adalah jalan penyelesaian
Kawan jangan kita diri bermusuh-musuhan
Tidak siapa yang rugi kecuali kita umat Islam
Dari sekarang jangan bertangguh-tangguh lagi
Jadikanlah Tuhan tali pengikat kasih sayang dan perpaduan
Peri Pentingnya Kasih Sayang
Bumi ini berputar kerana kasih sayang Tuhan. Beredarnya matahari, bulan, bintang dan planet juga adalah kerana kasih sayang Tuhan. Adanya siang dan malam, hujan dan panas dan empat musim dalam setahun juga adalah kerana kasih sayang Tuhan.
Wujudnya kita dari dalam rahim ibu ketika bayi dan hingga kita dewasa adalah kerana kasih sayang kedua ibu bapa kita iaitu pancaran dari kasih sayang Tuhan. Kita tidak boleh hidup tanpa kasih sayang.
Kasih sayang itu makanan rohani. Siapa yang tidak dapat merasai kasih sayang, rohaninya dan jiwanya akan menderita terseksa dan hilang kebahagiaan. Kasih sayang ialah perkara rasa. Ia mainan hati. Ia adalah fitrah semulajadi.
Fitrah semulajadi manusia adalah sama. Tidak kira asal keturunannya. Tidak kira bangsanya. Tidak kira agamanya, negaranya atau di zaman mana dia hidup. Fitrah semulajadi manusia tetap sama.
Kasih sayang adalah tuntutan fitrah. Fitrah suka dikasihi dan mengasihi. Suka disayangi dan menyayangi. Inilah mesej yang perlu dibawa kepada semua umat manusia. Kasih sayang atau “love and care” mesti disebarkan seluas-luasnya di kalangan umat manusia.
Perpaduan, kedamaian dan keharmonian juga adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia. Semua manusia tidak kira bangsa, agama dan warna kulit sukakan perpaduan. Semua manusia sukakan kedamaian. Semua manusia sukakan keharmonian. Manusia benci kepada krisis, perpecahan dan pergaduhan. Manusia benci kepada huruhara dan kacau bilau. Memang dengan apa yang Tuhan bekalkan kepada diri manusia melalui fitrah semulajadinya sudah cukup dan sesuai untuk kebahagiaan hidup manusia itu sendiri. Inginkan kasih sayang itu fitrah dan inginkan perpaduan itu juga fitrah. Untuk mencapai perpaduan sejagat bukanlah satu masalah kalau kita sudah boleh berkasih sayang. Tetapi untuk memupuk kasih sayang inilah yang menjadi masalah kepada manusia. Selagi tidak ada kasih sayang, selagi itulah tidak akan ada perpaduan.
Tidak dapat dinafikan bahawa dengan kasih sayang kita boleh bersatu dan berpadu. Tetapi dalam realiti hidup, ini tidak berlaku. Kenapa susah sangat kita hendak berkasih sayang dan bersatupadu walhal kedua-duanya adalah sesuai dengan keinginan fitrah semulajadi kita.
Puncanya ialah nafsu. Nafsu ialah perosak fitrah. Nafsu yang tidak terkawal akan memburu dan merebut dunia ini dengan rakusnya. Nafsu tidak pernah puas dan tidak pernah rasa cukup. Untuk merebut dunia ini sebanyak-banyaknya, nafsu akan menindas dan menekan sesiapa sahaja yang menghalangnya. Bila nafsu sudah menguasai diri maka akan tumbuh di dalam hati berbagai sifat yang buruk dan keji yang selari dengan kehendak nafsu. Sifat-sifat semulajadi manusia yang baik seperti qanaah, cukup dengan apa yang ada, cinta Akhirat, pemaaf, pemurah, pengasih dan penyayang akan digantikan dengan sifat tamak haloba, cinta dunia, gila puji, hasad dengki, pemarah, bakhil dan berbagai-bagai lagi. Inilah pengaruh jahat nafsu kalau ia dibiarkan bermaharajalela.
Inilah juga punca kita susah hendak berkasih sayang dan susah untuk bersatu padu. Kerana hati sudah rosak. Dalam hati terlalu banyak penyakit mazmumah. Penyakit inilah atau sifat jahat yang bersarang di hati inilah yang menyebabkan kita suka bergaduh, berbalah, berkrisis dan bercakar antara satu sama lain.
Sifat sombong orang ini bertembung dengan sifat pemarah orang itu. Hasad dengki orang ini bercakar dengan sifat tamak orang itu. Cinta dunia orang ini berkrisis dengan sifat bakhil orang itu dan begitulah seterusnya.
Memang benar bahawa kasih sayang itu adalah kunci bagi perpaduan sejagat. Tetapi kita tidak boleh berkasih sayang kalau kita tidak mengawal nafsu kita. Mengawal dan menahan hawa nafsu itu adalah syarat mencapai kasih sayang. Pokok pangkalnya, hendak bersatu ke, hendak berpadu ke atau hendak berkasih sayang ke kita terpaksa terlebih dahulu memperbaiki diri dengan mengawal nafsu dan membersihkan hati kita dari sifat-sifat yang keji dan jahat.
Kasih sayang hanya boleh hidup subur di hati yang bersih, tulus ikhlas dan suci murni. Kalau hati jahat dan kotor hanya kebencian yang akan tumbuh. Kebencian merosakkan perpaduan. Ia merosakkan toleransi. Kalau ini tidak dapat kita lakukan maka konsep “kasih sayang kunci perpaduan sejagat” hanya akan jadi satu slogan semata-mata.
Khusus bagi umat Islam pula, Tuhan telah sediakan satu kaedah yang khusus untuk bersatu padu melalui firman-Nya.
Maksudnya: “Berpeganglah kamu dengan tali-tali Allah dan jangan kamu berpecah belah.”(Surah Ali Imran: 103)
Ini membawa maksud bahawa kalau umat Islam mahu bersatu padu maka mereka perlu berpegang pada tali-tali Allah. Kita perlu diikat kepada Allah yang satu. Ada ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Allah. Maknanya kita umat Islam perlu sama-sama menerima dan mengamalkan segala hukum hakam Tuhan sama ada yang wajib, yang haram, yang harus, yang sunat dan yang makruh. Dengan itu hatihati kita akan terikat di antara satu sama lain.
Ada juga ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai rasa cinta dan rasa takut kepada Allah. Kalau semua umat Islam sama-sama dapat rasa cinta dan rasa takut kepada Allah, nescaya hati-hati mereka akan sama-sama terikat kepada Allah yang Esa dan mereka akan berkasih sayang dan bersatu padu di antara satu sama lain. Rasa cinta kepada Allah itu akan melahirkan rasa cinta kita kepada hamba-hamba-Nya yang lain. Rasa takut kepada Allah itu akan menghindar kita dari menyakiti hamba-hamba-Nya yang lain.
Dalam pada itu perpaduan manusia ada dua bentuk. Ada perpaduan yang berbentuk sementara dan ada perpaduan yang kekal. Perpaduan yang berbentuk sementara seperti kita menghadapi musuh yang sama. Bila musuh sudah tidak ada, kita berpecah semula. Atau kita sama-sama menghadapi sesuatu musibah. Bila musibah sudah tidak ada, kita berpecah. Atau kita sama-sama keluar negara. Semasa di luar negara kita berpadu kerana kita berada di negara orang dan semuanya berbeza dengan adat resam kita. Tetapi setelah kembali ke tanah air, kita berpecah.
Hanya ada satu bentuk perpaduan yang kekal iaitu perpaduan yang disebabkan kerana Allah. Allah itu kekal dan sesiapa yang berkasih sayang dan bersatu padu kerana Allah maka kasih sayang dan perpaduan yang dicapai itu akan turut kekal sampai bila-bila.
Tuhan amat sangat memberi kasih sayang kepada segala ciptaan-Nya terutama sekali kepada manusia yang berbagai etnik. Pijaklah bumi-Nya, sedutlah udara-Nya, bernaunglah di bawah langit-Nya, gunalah cahaya matahari-Nya, lihatlah keindahan cahaya bulan-Nya, makanlah, minumlah, pakailah, supaya melalui akal fikirannya, hamba-hamba-Nya akan dapat merasakan aliran sebuah kecintaan yang agung dari tuan punya segala fenomena ini iaitu Tuhan itu sendiri.
Begitulah Tuhan, pembina kasih sayang dan yang meminta supaya dunia ini diurus dengan kasih sayang. Barulah dunia akan jadi Syurga. Walhal jika kasih sayang tidak ditegakkan, Tuhan janjikan dunia ini akan dijadikan Neraka sebelum datangnya Neraka yang sebenarnya.
Justeru, bilamana manusia terasa dicintai oleh Tuhan begitu rupa sekali, maka otomatis, dia akan berusaha untuk membalasnya. Dia akan berkasih sayang dengan apa sahaja yang dicipta Tuhannya terutama dengan manusia yang satu spesis dengannya.
Dalam keadaan ini, manusia sesamanya tidak mungkin lagi akan berhasad dengki, sombong, menghina, memarahi dan mencaci. Rasa kemanusiaan akan tumbuh subur, manusia akan mudah meminta maaf dan memberi maaf. Fakir miskin dan orang yang dalam kesusahan dan penderitaan akan mendapat pembelaan. Manusia akan saling bersimpati dan akan berusaha sedaya upaya untuk mengelak segala bentuk perbalahan atau krisis.
Sebaliknya, bilamana manusia tidak mencintai Tuhan, hatinya akan kosong dari kasih sayang sesama manusia. Rohaninya akan sentiasa dalam kelaparan. Dirinya akan rosak dan penyakit hatinya akan menjadi serius dan kronik. Hiduplah manusia dengan segala kepincangan, jenayah, ketakutan dan kerisauan. Penyakit ini pun akan berjangkit dan menular ke seluruh lapisan masyarakat, etnik dan golongan.
Begitulah keadaan dunia hari ini. Sungguh malang sekali. Manusia bukan sahaja tidak berkasih sayang, bahkan istilah kasih sayang pun seperti sudah dilupakan.
Video ini di siarkan pada hari MOU di antara AMG dengan Koperasi Samudera Malaysia Berhad dan NGO.
Permulaan video tersebut di mulakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu;
Firman Allah maksudnya;
Tidakkah engkau melihat (wahai
Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu:
kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang
pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang
ke langit.
Dia mengeluarkan buahnya pada
tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan
perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran).Dan bandingan Kalimah yang
jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang
mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya
untuk tetap hidup.
Surah Ibrahim : Ayat 24,25,26
Dalam usaha Jihad Ekonomi yang di cetuskan oleh ahli-ahli AMG ini, di mulai dengan perjumpaan di Seberang Perai, Pulau Pinang.
21 Mei 2013 - Bertempat di Seberang Jaya, Pulau Pinang telah berlangsung
perjumpaan kali pertama di antara wakil dari KKS1M, syarikat AMG
International dan Ayahanda-ayahanda dari pelbagai pertubuhan.
Antara yang hadir ialah Dato' Fauzi (AMG INTERNATIONAL),DP Ayahanda
Soria (KKS1M), Ayahanda Megat (Presiden Gagasan Nusantara Bersatu),
Paduka Ayahanda Z.U.,Datuk Paduka Abu Karim Hj. Saad (S/U Per. Warisan
Adat Melayu Malaysia (ADAT)) , Dato' Khairul, Chup Tungkat (Taiko
Networking Utara), Ayahanda Long dan tetamu kehormat yang lain.
Sambutan dari NGO-NGO dan masyarakat Malaysia amat menggalakkan untuk bersama dalam Jihad Ekonomi ini.
Kemuncak ialah berlangsungnya satu Majlis yang gilang gemilang
" MOU di antara AMG Interworld dengan Koperasi Malaysia dan NGO2
yang berlangsung di Kuala Lumpur.
AMG Interworld yang di milikki oleh Dato Fauzi Idris dan beliau
bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan.
Perkenalkan satu sistem/ platform untuk membina rangkaian ahli-ahli dan
menawarkan satu pelan pemasaran bertingkat pada ahli-ahli
untuk mencipta pendapatan.
Pada bulan puasa tahun ini, Dato Fauzi telah melantik Rosman Talib untuk menjawat jawatan CEO. Ujian dan cabaran mula berlaku selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri apabila pihak syarikat AMG menangguhkan pembayaran bonus untuk ahli-ahli. Selepas itu Dato Fauzi memaklumkan tentang Projek Unta.
Berturutan dari itu, Dato Fauzi amat sukar untuk di temui berbanding sebelum ini. Segala permasalahan beliau tidak siapa yang mengetahui secara lengkap.
Tulisan ini tidak ada niat untuk menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya satu usaha untuk menyelamatkan komuniti yang telah terbina.
Semoga Allah bantu kita semua agar dapat bersama menyelesaikan segala permasalahan ini demi kebaikan dan kebajikan semua ahli.
<
|