1 September 2013 - GISB KEMBALI KEPADA FATWA
Kenyataan Akhbar (Press Release)
1. GISB sebelum ini sebenarnya salah faham tentang maksud fatwa. Sebab
cara fatwa itu dipersembahkan kepada kami melalui media dilihat ianya
sebagai agenda politik! Hinggalah JAIS menahan saya ( Hatijah binti Aam)
untuk berbincang tentang fatwa, maka ia benar-benar merubah persepsi
saya tentang fatwa!
2. Dulu arwah Haji Asaari menyatakan setuju dengan fatwa atas dasar
perpaduan! Tapi kini JAIS menegaskan fatwa mesti diterima demi
menyelamatkan aqidah! Saya diberi faham bagaimana ajaran Aurad
Muhammadiah itu boleh membawa kepada kerosakan aqidah! Maka dengan
ini saya berikrar bahawa saya patuh kepada fatwa dan dengan rela hati
saya meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah
3. Maka dengan ini, bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke 56, Saya
Hatijah binti Aam bersama semua kepimpinan GISB mengistiharkan bahawa
GISB kini kembali kepada Fatwa, serta bebas dan merdeka daripada segala
pegangan dan pengamalan yang boleh mengelirukan serta boleh membawa
kepada kesesatan dan perpecahan.
|
Di antara pegangan yang dimaksudkan ialah seperti keyakinan kepada
Syeikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi, Abuya tidak mati tetapi ghaib dan
segala yang berkaitan dengannya.
Begitu juga amalan yang boleh mengelirukan serta membawa kepada
kesesatan seperti amalan Aurad Muhammadiah dan amalan-amalan lain
seperti hantar power, pencak, dan apa-apa yang seumpama dengannya.
Dengan itu, kami mengambil sikap meninggalkan semua pegangan dan amalan
tersebut serta melupuskan semua bahan yang berkaitan seperti buku Aurad
Muhammadiah, buku 45 tahun perjuangan Abuya dan lain-lain.
Sempena kemerdekaan ini, GISB juga kembali mengamalkan segala yang
menjadi amalan kebiasaan masyarakat Islam di negara ini dan akan memberi
tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.
4. Oleh kerana staf-staf GISB agak ramai, kami perlu masa untuk
melakukan siri kursus patuhi fatwa ini. Kami mengharapkan kerjasama
semua pihak berwajib seperti KDN, JAKIM dan JAIS.
5. Perlu juga disebut di sini ada pihak ketiga yang akan terus menfitnah
kami konon program ini adalah lakonan semata-mata! Padahal tujuan
sebenar mereka ialah memecah belahkan umat Islam.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KDN,
JAKIM dan JAIS di atas segala panduan, nasihat dan pandangan yang
diberikan. Moga-moga sempena hari kemerdekaan kami dikeluarkan dari
senarai ajaran sesat!
SEKIAN
___________________
(HATIJAH BINTI AAM)
| . |