Headlines News :

>
Home » , , , , » Kongsi Rahsia Duit : Cara Cepat & Mudah

Kongsi Rahsia Duit : Cara Cepat & Mudah

Realiti Hari Ini

 Zaman ini duit. memainkan peranan penting...;bukan lagi zaman sistem barter. Nak dapatkan barangan dan perkhidmatan perlukan duit., duit ni bukan lagi keperluan, tapi kewajiban.

Berikut sejarah penggunaan wang di Malaysia iaitu keadaan mula berubah dengan kemunculan bank persendirian pertama di Pulau Pinang. The Mercantile Bank, yang kemudiannya menjadi anak syarikat kepada Hong Kong Bank (sekarang ini HSBC), telah memulakan perniagaan pada tahun 1860an dan Chartered Bank (sekarang Standard Chartered) pada tahun 1875. Bank-bank persendirian ini telah mengeluarkan wang-wang kertas mereka sendiri. Pihak kerajaan masih belum lagi mempunyai wang-wang kertas rasmi. Hanya pada tahun 1897, apabila Board of Commisssioners of Currency telah ditubuhkan, kerajaan negeri-negeri Selat telah dibenarkan untuk mengeluarkan matawang-matawang kertas. Akan tetapi wang-wang kertas keluaran dua bank persendirian iaitu Chartered Bank dan Hong Kong Bank juga berkitar bersama-sama matawang kertas keluaran kerajaan. Walaubagaimanapun, hak untuk mengeluarkan mawatang kertas oleh bank-bank ini telah dimansuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1938, Board of Commissioners of Currency telah ditubuhkan dengan satu-satunya kuasa yang boleh mengeluarkan matawang bagi keseluruhan jajahan. Pada tahun 1952, badan tersebut menjadi Board of Commissioners of Malaya and British Borneo yang mana berterusan mengeluarkan matawang walaupun selepas Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Badan tersebut ditutup secara rasminya pada lewat tahun 1979. Sejak dari itu matawang hanya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, akan tetapi sebenarnya kesemua wang telah dicipta oleh bank-bank komersial melalui perbankan sistem pecahan simpanan (Fractional Reserve Banking). 


Jihad Ekonomi : Wang Fiat dan Kemunduran Ekonomi Masyarakat Melayu


Pengalaman saya dan rakan-rakan pada tahun 2005 berpeluang mendapat ilmu dari Allahyarham Dato' Salleh Majid berhubung dengan bagaimana cara untuk mendapatkan kekayaan kewangan cara yang cepat.

"Cara yang paling cepat ialah terlibat dalam bidang pelaburan"

Kenangan tahun 2005 bersama Allahyarham. Turut serta pada masa itu

Allahyarham Datuk Salleh Majid (lahir 1 Julai 1949 di Hulu Kelang, Selangor) adalah bekas Presiden Bursa Malaysia dan pakar ekonomi tersohor di Malaysia. Allahyarham mengemudikan bursa saham tempatan dalam menghadapi krisis kewangan Asia pada tahun 1997 hingga 1998.

Share this article :

0 comments :

 
Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Love and Care