Headlines News :

>
Home » , , » Pelancaran Yayasan Global Ikhwan di Thailand

Pelancaran Yayasan Global Ikhwan di Thailand


Lawatan Puteri Raja Thai ke Yayasan Global Ikhwan Phuket 29hb Julai bersamaan 20 Ramadhan.

Tepat pada jam 8am Kereta Mercedes Benz diRaja berhenti di depan Sekolah Abuya, ketika itu rakyat Phuket terutama ahli keluarga Mak Pah dan ahli-ahli Yayasan Global Ikhwan beratur menyambut baginda. Ketua Tentera Laut, Askar Komando, Ketua Polis bersama anggota masing-masing telah berkumpul di dataran Sekolah seawal
jam 6 pagi lagi, Tuan Gabenor dan Timbalanya juga telah menunggu bersama-sama.

Sebaik turun dari kenderaan sahaja Puteri Sirinthon terus mendapatkan Ibu Mak Pah Ar menangkap dan memegang tangan ibu Mak Pah Ar dengan begitu akrab sekali sedangkan mengikut protokol biasa rakyat tidak diizinkan mendekati Kerabat Raja lebih-lebih lagi bersalaman kecuali jika Kerabat Raja itu sendiri yang mendatangi dan mendekati rakyat biasa. Bila ini berlaku kepada ym Ibu Mak Pah Ar ia satu Keajaiban. Tuan Puteri terus berckap :

“Paa (Maksud nenek ) 10 tahun dulu masa saya datang sini Paa boleh berdiri kan? Sekarang dah duduk di wheelchair…..”

“Paa!! Buat la exercise sendiri atau minta tolong anak cucu dan keluarga bantu buat exercise supaya boleh berjalan macam dulu,,”

Syh Fauzi pun berkata, “Kami sekeluarga memang hendakwa Paa dirawat ke Hospital tapi
Paa selalu tak mau.”

Lalu Mr Khulek yang isterinya rakan sekelas Puteri menyampuk, “Paa ni Tuan Puteri, degil sedikit.” Isteri Mr Khulek pulak menyambung…”Haa Paa! Tuan Puteri sendiri minta Paa berubat!”

Kata-kata Tuan Puteri itu seperti bermaksud beliau sendiri mahu ibu Mak Pah dirawat segera.

Sambil bercakap, ym Ibu Mak Pah AR pun menghadiahkan bunga sebagai adat istiadat diRaja kepada Puteri kemudian Ibu Zainab Satun pula diikuti Kak Salma anak Ibu Mak Pah pula memberi hadiah tudung kepada Puteri.

Selain ym Ibu Mak Pah Ar, semua tidak dizinkan berkata-kata kepada Tuan Puteri. Inilah Kebesaran Ibu Mak Pah Ar berkat RSA keranannya seorang anak Raja sanggup mencemar duli datang melawatnya buat kali ke 2.

Moga Puteri Raja diberkati Allah kerana berada di dalam Pejabat Yayasan di mana pejabat ini ialah bilik Abuya yang Abuya dan BW Ar pernah menginap dan bermalam pada tahun 2010.

Syh Fauzi dibenarkan membaca teks seringkas 1 mukasurat sahaja yang menceritakan sejarah Yayasan bermula daripada sekolah sehingga sekarang.

Ketika meletakkan tanda asas, Yayasan Global Ikhwan Cawangan Phuket, ym Syh Cumat Adam Ar membaca Doa Jihad dan diaminkan oleh seluruh hadirin muslim yang hadir. Di sini kelihatan lagi kebesaran RSA bilamana ym Tuan Puteri berdiri menunggu hingga Doa Jihad habis dibaca.

Sebelum berjalan menuju ke kereta diRaja YM Tuan Puteri berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Syh Cumat Adam Ar dan Syh Fauzi. Ini juga suatu keadaan yang sangat pelik bila seorang kerabat diRaja sanggup mengucap terima kasih yang berulang-ulang kepada orang-orang Abuya.

Apa yang korang dapat apabila membaca laporan yang anjang kongsikan ini?

2 point besar yang boleh kita simpulkan:

1. Terbukti GISB adalah jemaah kebenaran. Kalau bukan kebenaran, mana mungkin mampu menarik seorang puteri Raja ke majlis anjurannya.

2. Paling penting sekali, inilah bukti bahawa Abuya akan zahir dalam masa yang terdekat. Allah memberi isyarat melalui persiapan menyambut puteri Raja.




Sejenak Untuk Renungan Bersama

Foto-foto Ekspo & Hiburan Islam GISB di Thailand

 Dakwah GISB Diterima Baik Di Thailand

Baca ulasan pembatalan ekspo pada saat-saat akhir di Jitra, Kedah yakni setelah khemah siap dipacak dan 1001 bahan ekspo sudah sampai ke lokasi di pautan entri seterusnya. Pada awalnya GISB tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan malah usaha merealisasikan ekspo ini adalah hasil bantuan ramai para simpati GISB. Pembatalan adalah kerana ada aduan dari pihak yang berhasad dengki pada saat-saat akhir itu.

Al-Arqam ubah konsert ekspo ke Thailand

» Tukar lokasi selepas gagal dapat permit di Jitra
BERITA HARIAN 29 JUN 2013
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
wanti@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur
Kumpulan ajaran sesat al-Arqam dipercayai mengubah lokasi penganjuran ekspo barangan halal dan konsert ke Thailand selepas gagal mendapat permit daripada pihak berkuasa negara ini.
Sumber pihak keselamatan mendakwa, sebelum itu program terbabit dipercayai dijadualkan di Jitra, Kedah, pada 20 Jun hingga 22 Jun lalu, tetapi dibatalkan berikutan tindakan tegas pihak berkuasa tempatan.

Gabenor Satun rasmi
“Ekspo dan konsert dirasmikan oleh seorang wakil Gabenor Satun dan dianjurkan semalam hingga Ahad ini dengan sokongan Majlis Bandaran serta masyarakat di Satun, Thailand.
Selanjutnya...


Kalah Lagi ?….Di Sebalik Pembatalan Ekspo di Jitra 20-22 Jun 2013

 Klik pada foto untuk membaca di blog Matahati 313


 Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (IV) – Transkrip Soal Siasat
Agen Q : Baiklah . Akhirnya di sini juga ada laporan transkrip soal-siasat pihak agama rasmi Timur dengan si


IBU baru-baru ini. Kita beruntung kerana punya rangkaian pintasan yang cukup rapi hingga sistem ini tidak dapat dikesan oleh pentadbir mereka.

Rabbi dan Jeneral terus menumpukan perhatian kepada terjemahan transkrip di srin mereka.

Selanjutnya.....http://heliconia.wordpress.com/2013/07/13/dialog-imaginasi-perisikan-yahudi-terkini-iv-transkrip-soal-siasat/



Share this article :
 
Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Love and Care