Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
| Nik Aziz: Kebenaran itu milik ALLAH SAYA tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas. Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur. Berita Selanjutnya.. |
Bangsa Melayu Bakal Menempa
Sejarah Besar Dunia
Syukur pada Allah Yang Maha Pemurah, Negara Malaysia ini berjaya melalui
pelbagai rintangan dari anasir-anasir luar.
Kekuatan Bangsa Melayu ialah Islam. Erti Kasih Sayang ialah, anak taat
pada ibubapa, isteri taat pada suami dan rakyat taat pada Pemerintah.
Jasamu di kenang. Perdana Menteri Malaysia kini yang menjadi pilihan
Allah hasil dari Taatnya pada Ibubapa yang lahir dari hati dan tidak
melanggar arahan Allah berhubung dengan Taat pada pemerintah sebelum
menjadi PM, akhirnya Petunjuk Allah pada PM terserlah dengan sumpah dan
ikrarnya bersama dengan bangsa Melayu...
”KEBENARAN ITU ADALAH PETUNJUK DARI ALLAH"
Limpahan Rahmat Kasih Sayang dari Allah untuk Malaysia tercinta ini
Dalam Jadual Allah dan kita dapat saksikan kesungguhan pemerintah
Malaysia yang di kuasai Bangsa Melayu, Ramai umat melayu mahukan Islam
dan pelbagai bangsa mahukan keharmonian dan kemakmuran, maka kita
sebagai Bangsa Melayu dan Islam marilah kita jadikan hujan,ribut dan
petir yang melanda kini,
PASTI timbulnya pelangi yang indah. Maka
fahamlah kita kini, Allah Maha Bijaksana dalam jadualNya untuk Malaysia,
dimana angka 13 itu satu petunjuk yang jelas dan nyata untuk mula kita
fikir dan memahami. Angka 13 merujuk 13 tahun perjuangan Rasulullah
untuk 1 perkara iaitu TAUHID.
|
0 comments :
Post a Comment