Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, rakyat
Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi memastikan
negara mencapai status negara maju menjelang 2020. Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya, titah Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV di Istana Negara pada 11 April 2012. “Bangsa Melayu yang menerajui kuasa Pemerintahan di Malaysia, berkongsi kuasa dengan Kaum China,India dan lain-lain telah berjaya buktikan kemajuan, keamanan dan kemakmuran pada semua rakyat"
Bangsa Melayu Bakal Menempa Sejarah Besar Dunia
Syukur pada Allah Yang Maha Pemurah, Negara Malaysia ini berjaya melalui
pelbagai rintangan dari anasir-anasir luar.
Kekuatan Bangsa Melayu ialah Islam. Erti Kasih Sayang ialah, anak taat
pada ibubapa, isteri taat pada suami dan rakyat taat pada Pemerintah.
Jasamu di kenang. Perdana Menteri Malaysia kini yang menjadi pilihan
Allah hasil dari Taatnya pada Ibubapa yang lahir dari hati dan tidak
melanggar arahan Allah berhubung dengan Taat pada pemerintah sebelum
menjadi PM, akhirnya Petunjuk Allah pada PM terserlah dengan sumpah dan
ikrarnya bersama dengan bangsa Melayu...
Berita selanjutnya... |
Jadual Allah adalah satu dasar
yang dijadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran yang
dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan
kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi
ini setelah jatuh selama 700 tahun. Kali
ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah lagi.
Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di
dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati
ketika membela Allah dan RSAW, dikira mati dalam kebaikkan.
Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam
sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman
Rasulullah SAW dan salafussoleh. Tempoh masa zaman kegemilangan Islam
tersebut berlaku selama 700 tahun. Prinsip ketaatan menjadi pegangan
penting bagi umat ketika itu.
Maka kesetiaan atau ketaatan adalah prinsip paling penting
daripada setiap peribadi yang berada dalam sebuah jemaah untuk
merealisasikan tujuan tersebut.
Ketaatan dalam Islam adalah sangat penting, sebagaimana yang
Allah perintah di dalam Quran :
أطيع الله والرسول وأولى الامرمنكم
“Hendaklah kamu taat kepada. Allah,Rasul SAW dan pemimpin (orang yang diberi tanggungjawab) dikalangan kamu.”
An-Nisa:
59
Dalam Islam; selepas persoalan Iman atau keyakinan ialah ukhwah
Islamiah, kesefahaman dan keselarasan.
|
0 comments :
Post a Comment