Headlines News :

>

Ummu Jah : Mencatur @ Dicatur?

Salam perjuangan semuanya. Mohon izin ya Rasulullah saw, ya Saiyidi Imamul Mahdi dan Abuya Fatta Attamimi. Mohon maaf dan mohon restu Bonda Ummu Jah ar untuk menulis sedikit tentang tajuk di atas.


Ada pihak berpendapat Ummu Jah merupakan salah seorang yang sangat berpengaruh dan termasuk golongan brilliant atau orang kampung kata otak yang bergeliga. Pengaruh Ummu Jah bukan sahaja menyerlah selepas ketiadaan Abuya, suaminya yang menjadi pemimpin kontroversi sepanjang zaman, tetapi Ummu Jah dilihat mempunyai pengaruh tersendiri sejak beberapa dekad di dalam jemaah suaminya iaitu Al Arqam.


Haji Halim Abbas antara orang kanan Abuya dalam Al Arqam sangat percaya perkara tersebut. Beliau bukan sahaja menganggap Ummu Jah adalah pemain utama di belakang tabir, tetapi Ummu Jah adalah musuh beliau kerana menggagalkan perancangan menguasai jemaah Al Arqam semasa ketiadaan Abuya di dalam negara.

Geng enam jahanam, Hashim Jaafar dan Soid Sulaiman juga antara yang mendakwa dan sangat percaya dengan peranan Ummu Jah di belakang tabir jemaah yang kononnya Ummu Jah yang mencatur jemaah berlindung disebalik Abuya.

Dakwaan dan kepercayaan inilah antara sebab kenapa mereka semua sudah tidak bersama perjuangan lagi. Kerana bukan sahaja merasakan Bonda Ummu Jah ar telah memainkan peranan utama dalam jemaah, tetapi yang lebih menyakitkan lagi ialah, mereka seolah-olah tidak berupaya mengalahkan pengaruh Bonda Ummu Jah ar.

Sejauh mana benarnya atau tidaknya Bonda Ummu Jah menjadi pencatur atau dicatur dalam jemaah ini, mari kita cuba kupas dan ulas sedikit. Sebenarnya di luar sana lebih ramai yang arif tentang perkara ini, tapi penulis ingin juga memberikan sedikit sumbangan buah fikiran terhadap perkara ini. Moga dipandu dan dibantu hendaknya.

Bonda Ummu Jah ar mula mengenali Al Arqam, Abuya dan perjuangannya sewaktu menuntut di UPM. Pada waktu itu, kesedaran Islam hasil pendekatan dakwah sedang sangat pesat terutamanya di pusat-pusat pengajian tinggi. Bukan sahaja Al Arqam, tetapi banyak gerakkan dakwah dan fikrah yang bergerak di universiti seluruh negara. Abim, IRC, PAS, tabligh dan persatuan-persatuan Islam yang dicetuskan oleh para mahasiswa.

Tetapi dalam banyak-banyak gerakkan dakwah itu, Ummu Jah yang terkenal dengan semangat kebaratan dan bersifat agak agressif telah 'terpilih' al Arqam sebagai wadahnya. Kalau berdasarkan watak, jiwa dan pendekatan Ummu Jah, sebenarnya ada pilihan lain lagi yang dikira lebih sesuai berbanding Al Arqam yang waktu itu belum begitu standard. Adakah Ummu Jah yang mencatur pilihan tersebut atau Ummu Jah dicatur untuk memilih Al Arqam?

Setelah mengikuti jemaah Al Arqam, bila Ummu Jah dinilai oleh kepimpinan waktu itu termasuk ahli yang komited dan berpotensi, maka biasanya akan dijodohkan. Menjadi dasar yang cukup terkenal dan antara disiplin yang kuat dalam jemaah ialah perkahwinan dicatur dan disusun oleh jemaah. Maka bila tiba giliran untuk Ummu Jah dinikahkan, adakah Ummu Jah mencatur atau dicatur waktu itu? Adakah siapa percaya bahawa Abuya telah dicatur oleh Ummu Jah untuk berkahwin dengannya?

Setelah menjadi isteri Abuya, Abuya sering membawa Bonda Ummu Ja ar berjalan dan berekspedisi berbanding isteri-isteri yang lain. Bukan sekadar itu, Bonda Ummu Jah ar telah dijadikan juru tulis rasmi oleh Abuya. Nama Bonda Ummu Jah ar telah digandingkan oleh Abuya dalam hampir ke semua buku-buku yang menjadi rujukan utama jemaah. Apakah formula Bonda Ummu Jah ar sampai boleh mencatur Abuya hingga ke peringkat ini? Atau apakah kehebatan Abuya menyebabkan Bonda Ummu Jah ar sangat boleh memainkan peranan yang kesekian kalinya tidak mampu diperanankan oleh mana-mana lelaki?

Apabila Abuya membawa perjuangannya ke luar negara berasbabkan tekanan dari pihak berkuasa dalam negara, maka waktu itu Bonda Ummu Jah ar memberikan sedikit pandangan. Kata BUJ ar,"Tidak boleh ke kita bertolak ansur dengan isu-isu sensitif seperti Imamul Mahdi. Kenapa perlu pertahankan isu Imamul Mahdi sehingga terpaksa meninggalkan tanah air sendiri?" Abuya dengan tegas menjawab,"Pemimpin besar nak datang, apakah kita nak diamkan, nak sembunyi-sembunyikan?"

Begitulah ketegasan Abuya kepada 'percaturan' Bonda Ummu Jah ar. Apakah masih tumpul akal kita untuk menilai siapa yang mencatur dan siapa pula yang kena catur?

Bila Al Arqam diharamkan, lalu lebih 50 orang ditangkap dan disumbatkan ke dalam ISA. Abuya dan Ummu Jah menerima nasib yang sama dan bersama-sama. Sejak di ISA kan hingga dibebaskan, teruslah Abuya bersama dan kekal berdua dengan Bonda Ummu Jah ar. Kenapa Bonda Ummu Jah ar tidak dipisahkan dengan Abuya oleh pihak berkuasa waktu itu?

Kenapa geng enam jahanam tidak memberikan nasihat kepada pihak berkuasa agar memisahkan Bonda Ummu Jah ar dengan Abuya dengan alasan langkah tersebut akan lebih berkesan untuk menghancurkan seluruh pengaruh Abuya? Atau mungkinkah sudah diberikan pandangan seperti itu, tetapi tidak juga terlaksana. Siapa yang memutuskan Bonda Ummu Jah ar terus kekal bersama Abuya? Begitu hebat sangatkah Bonda Ummu Jah ar untuk mampu mencatur seluruh keinginan beliau sehingga boleh mengatasi kehendak pihak keselamatan dan yang paling hebat mampu mengatasi kehendak Tuhan?

Setelah Abuya dibebaskan, maka berjalanlah perjuangan ini dengan era gaya baring. Abuya diusung ke sana ke mari dalam dan sehingga ke luar negara. Sepanjang tempuh tersebut, Bonda Ummu Jah ar yang menjadi jurucakap sepenuhnya, tanpa teknik terjemahan lagi. Suasana ini berjalan selama hampir 7 tahun lamanya. Apakah Abuya langsung tidak berupaya menukarkan keadaan tersebut sehingga berlarutan sebegitu lama? Bonda Ummu Jah yang mencaturnyakah, atau Bonda Ummu Jah yang sedang dicatur?

Semasa era power di rumah tamu Nilai, Bonda Ummu Jah ar adalah antara orang yang terkemudian dari kalangan kepimpinan utama yang dapat melepasi pagar. Itu pun dalam keadaaan merangkak-rangkak. Suasana yang dialami oleh hampir 10 ribu termasuk bekas-bekas anak murid Abuya itu dapat menceritakan perihal sebenarnya proses 'ganjil' ini. Tidak akan mungkin siapa pun mampu mencatur suasana dirinya, melainkan seluruh proses sedang dicatur oleh rijalulghaib. Logikkah Bonda Ummu Jah ar mencatur dirinya terpaksa merangkak-rangkak di depan anak-anaknya, anak-anak tirinya, menantu-menantu dan cucu-cucunya hanya kerana nak berkuasa dalam jemaah ini?

Pada era proses cerai pula, Bonda Ummu Jah ar turut telah diceraikan oleh Abuya. Ada pihak mendakwa sehingga tiga kali cerai tanpa habis eddah. Maka menurut kaedah yang diambil pakai waktu itu, cerai tersebut masih kembali kepada talak satu atau kembali kepada kedudukan sebelum talak. Masihkah percaturan Bonda Ummu Jah ar untuk menentukan yang dia perlu diceraikan hanya semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh beliau dalam jemaah suaminya?

Sebaik sahaja Abuya diisytiharkan meninggal dunia, tiba-tiba Bonda Ummu Jah ar bangun mempastikan jemaah terus dapat dipertahankan dan stabil. Di waktu semua pemimpin masih kebingunan, termasuk mereka yang menganggap layak mewarisi jemaah ini pun tidak mempunyai idea untuk bertindak secepat dan setepat mungkin dalam keadaan tersebut. Maka apakah Bonda Ummu Jah ar lebih geliga berbanding 'mereka'? Atau mereka memang tidak mampu hendak mencatur suasana sekaligus bersedia untuk dicatur oleh Bonda Ummu Jah ar? Siapa yang salah, siapa yang benar dalam hal ini?

Sebaik ketiadaan Abuya, Bonda Ummu Jah ar meneruskan agenda Parlimen Roh seperti biasa. Cadangan program PR berikutnya selepas pernah diadakan di grand ballroom di The Mall, kemudian akan diadakan di Batu Hampar telah dibatalkan pada minit-minit terakhir. Bermulalah pemusafiran Bonda Ummu Jah ar ke luar negara. Percaturan Bonda Ummu Jah ar atau apakah Bonda Ummu Jah ar yang sedang dicatur dalam hal ini?

Pemusafiran Bonda Ummu Jah ar akhirnya membawa ke hadapan Kaabah. Bermulalah era yang tidak pernah diduga sama sekali berlaku dalam perjuangan terutamanya setelah ketiadaan Abuya. Bonda Ummu Jah ar telah mendapat 'power' yang tak mungkin direka-reka bilamana 'power' tersebut telah berjaya membuktikkan peranannya dalam proses perjuangan di era Haramain. itulah 'Power Kaabah'.

Sebelum Bonda Ummu Jah ar membuka GISB di Haramain secara besar-besaran, Jordan terlebih dahulu dibangunkan. Semasa memilih premis yang ingin disewa, Bonda Ummu Jah ar pada awalnya menolak cadangan Sy Suhaimi yang mendapatkan sebuah premis berwibawa di Jarash. Bonda Ummu Jah ar dengan nada bersahaja berkata,"Premis kecil pun belum tentu mampu kita bangunkan, ini terus nak buat grand-grand..." Tetapi pada keesokan harinya, setelah dalam seakan-akan relapaksa melawat premis tersebut, Bonda Ummu Jah ar terus bersetuju dan meng'confrim'kan sebagai permulaan era empayar!

Lihat keputusan yang diambil oleh Bonda Ummu Jah ar. Pada malamnya masih bersifat akal atau congak-congak atau capua-capua otak dulu, tetapi keesokan harinya terus menukar pandangan dan memuktamadkan keputusan seolah-olah tanpa sempat berfikir lagi. Bukankah ini sebagai tanda Bonda Ummu Jah ar sedang sangat dicatur oleh kuasa ghaib, berbanding percaturan akal beliau sendiri yang sememangnya ternyata sangat geliga!

Setelah lebih tiga tahun GISB Jarash terus berwibawa dan menyerlahkan peranannya sebagai bukti Abuya sangat berperanan dalam setiap keputusan yang diambil oleh Bonda Ummu Jah ar. Sekiranya bukan kerana campur tangan Kerajaan Ajaib, sudah lama GISB Jaras tutup kedai kerana terlalu banyak rintangan untuk terus hidup dan berdiri kukuh.

Tidak lama selepas itu, Bonda Ummu Jah ar melangkah lebih kemas ke Haramain. Pembukaan GISB Haramian lebih berliku dan penuh ranjau. Hidup dalam masyarakat penipu, pembelit dan boleh dikatakan tidak bersistem akan memungkinkan seorang wanita yang dikatakan janda akan dijual hidup-hidup oleh 'Pak Saudi'. Inilah kenyataannya. Tidak siapa dapat menafikan.

Tetapi berlainan sekali dengan nasib Bonda Ummu Jah ar. Beliau telah berjaya dan sudah pun membuktikan bahawa beliau bukan merancang secara akal, tetapi Kerajaan Roh, Kerajaan Ajaib sangat berperanan di belakang seluruh kekuatan GISB di Haramain dan di era empayar.

Kemuncaknya, bilamana keberadaan GISB di Haramain telah mendapat pengiktirafan 'hati-hati' manusia, samada dari kalangan jemaah umrah dan haji khususnya dari Malaysia dan Indonesia, para kenalan dari bangsa bawahan hinggalah keturunan bangsawan di Timur Tengah dan masyarakat yang sentiasa perihatin dengan jadual Tuhan di akhir zaman dari kalangan gerakkan kerohanian dan jemaah tarikat. Mereka telah jatuh hati dengan GISB sehingga sangat mahu menjalin ukhwah, mendapatkan khidmat dan bekerjasama dalam bidang yang sesuai. Akhirnya pengaruh GISB di Haramain sudah mencapai tahap yang membuka mata musuh seluas-luasnya.

GISB di Haramain sepatutnya ditutup pada 17 Januari 2013. Itulah perancangan musuh bila mereka merasa bahawa ancaman sudah semakin memuncak. Tetapi itu perancangan musuh. Kerajaan Ajaib ada perancangan juga dan perancangan kerajaan adalah sebaik-baik perancangan.

Menurut perkiraan yang munasabah waktu itu, maka Bonda Ummu Jah ar telah berusaha mendapatkan visa untuk tempuh lima tahun dan mengusahakan agar seluruh tenaga GISB di Haramain mendapat visa pekerja atau setaraf dengannya. Itulah perancangan yang sedang digiatkan dan memang pun langkah tersebut mendapat restu kepemimpinan ghaib. Buktinya, segala keperluan seperti duit dan pertolongan pihak-pihak yang berkaitan datang mencurah-curah.

Tetapi pada 27 Mac 2013 berlaku tangkapan terhadap GISB. 95 orang telah ditahan dan semuanya telah pun selamat dihantar pulang. Suatu yang diluar jangkaan tetapi semuanya berjalan lancar seolah-olah telah disusun rapi oleh suatu kuasa yang tidak siapa pun dapat mengesannya melainkan mereka yang terhubung dengan alam ghaib.

Pada masa yang sama peristiwa GISB ditahan di Haramain, di Malaysia pula suhu politik sedang menggelegak kepanasan. Hanya menunggu masa untuk meletus ibarat gunung berapi yang kembali aktif setelah lama mendiamkan diri. Angkara siapakah yang menjadikan orang Melayu yang asalnya berwatak sangat lunak, bersopan santun dan penuh beradab menjadi kurang ajar, biadap dan hampir setengah gila untuk mendapatkan kuasa?

Arab Spring adalah perancangan halus Yahudi sejak lama. Seperti contohnya di Libya. Gaddafi adalah pemimpin yang telah berjaya membawa Libya keluar dari kemunduran dan pendekatan pemerintahan Gadaffi adalah sangat mementingkan kebajikan dan pendidikan rakyatnya. Dipercayai lebih 80% rakyat Libya sangat sayangkan Gadaffi. Tetapi dengan perancangan licik Yahudi selama bertahun-tahun, akhirnya dia mati terhina, juga sebagai kifarat atas kesalahan yang tidak kecil juga dilakukan olehnya.
Sebahagian pengkaji mendapati bahawa propaganda kebangkitan rakyat Libya agar menentang Gadaffi telah dibuat begitu teliti.

Di suatu lokasi rahsia telah dibangunkan sebagai studio terbuka untuk melakunkan aksi tunjuk perasaan bagi menggambarkan seolah-olah aksi tersebut sedang berada di dataran terkenal di Napoli. Filem tersebut telah disebar luas melalui laman sosial sehingga berjaya membakar semangat anak muda Libya yang tidak faham asal usul kesusahan membangunkan negara Libya untuk menuntut hak yang lebih dari pihak pemerintah. Maka dibantu dengan sokongan dana tanpa had, akhirnya Libya terjerumus dalam kancah perang saudara.

Kaedah tersebut sebenarnya telah berjaya menumbangkan beberapa negara di Timur Tengah. Berselindung disebalik kebangkitan rakyat melalui pendekatan laman sosial, pihak Yahudi yang merancangkannya berjaya mengunci kemas rahsia peranan mereka. Tanpa disedari, gerakkan ini adalah rangkaian dari seluruh perancangan Yahudi untuk menggagalkan kebangkitan Islam yang mereka yakin akan berlaku di akhir zaman.

Malaysia tidak terkecuali bahkan adalah antara negara yang menjadi fokus mereka sejak lama. Sudah dicuba berbagai kaedah dan pendekatan. Namun belum juga terhasil sekalipun sebahagian daripada usaha mereka itu telah mendapat sambutan dari dalam samada disedari ataupun tidak.

Sebenarnya PRU13 adalah medan uji keberkesanan perancangan Yahudi yang dibuat sejak bertahun-tahun terhadap Malaysia. Dilihat dari pandangan dan analisa akal, Malaysia sepatutnya sudah berada dalam genggaman Yahudi. Sama ada melalui pihak pemerintah, maupun pihak pemabngkang. Kedua-duanya sudah dalam percaturan mereka. Tidak kira pihak yang mana akan menang. Yahudi pasti akan dapat menguasai Malaysia secara sepenuhnya dari belakang tabir melalui kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU13.

Yahudi sangat yakin kerana kaedah dan pendekatan yang mereka buat adalah format yang sama digunakan di Timur Tengah dengan pengubahsuaian mengikut citarasa Melayu Islam dan Malaysia. Bagi mereka, jika Timur Tengah telah berjaya, apa alasan untuk tidak berjaya di negara yang lebih 'lembut' ini.

Kerajaan Ajaib sangat memantau perkara ini. Kerajaan Ajaib mempunyai pendekatan yang lebih halus, licik dan tentunya sangat berkesan tetapi orang lahir tidak perasan! Inilah hebatnya percaturan Kerajaan Ajaib yang ghaib itu. Di belakang mereka Allah dan Rasul. Rasul akhir zaman yang sangat memantau zamannya dan umatnya. Bagindalah yang mentadbir seluruh zaman dan setiap zaman ada wakil Baginda yang menjadi pentadbir di zaman tersebut.

Kerajaan Ajaib telah menyusun begitu teliti dan rapi membawa wakil atau wasilah mereka pulang ke tanah air untuk menangani situasi yang cukup genting ini. Malaysia mempunyai sejarah penting pada tanggal 13 Mei. Maka tarikh tersebut pun dipilih sebagai satu simbolik untuk memberi faham kepada mereka yang mempunyai 'hati' bahawa Bonda Ummu Jah ar balik untuk menyejukkan suhu politik tanah air yang tiada formal yang dapat meredakkannya, melainkan formula dari langit.
"Dialah malaikat di langit dan dia jugalah malaikat di bumi" laung suara batin Syeikh Fahad.

Kepulangan Bonda Ummu Jah ar bukan perancangan dan percaturan beliau. Mengikut perancangannya, Bonda Wasilah akan terus tinggal di Haramain atas visa bisnes yang sedang dalam proses kelulusan. Malah sebenarnya telah pun lulus. Sehari sebelum visa tersebut sempat digunakan oleh Bonda Wasilah, Kerajaan Ajaib telah menggunakan tangan kerajaan Saudi untuk memulangkan Bonda Ummu Ja ar ke Malaysia bagi menyelamatkan dan mengIslamkan Malaysia.

Kesimpulannya dari analisa kedai kopi ini, dalam jemaah kebenaran faktor pandai mencatur bukan jaminan malah menjadi sebab boleh terpelanting dari jemaah. Sudah terlalu banyak contoh yang Abuya buat. Tetapi yang menjadi jaminan untuk terus kekal dalam perjuangan kebenaran ini ialah, taat setaat-taatnya. Taat di belakang dan taat di depan. Sangat bersedia untuk dicatur oleh jemaah, oleh pemimpin dan contoh orang yang paling berjaya dicatur ialah Bonda Wasilah, Bonda Ummu Jah ar.


Pandangan dan pendapat dari blog MATAHATI
Share this article :

0 comments :

 
Support : Creating Website | Mahapatih Srinagasari Jayapura Negara | Sun Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2013. AMGINT GLOBAL - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Love and Care