1. Datuk Nasir Safar : Pemimpin Di Hati Rakyat
Semua tulisan adalah lahir dari lubuk hati paling dalam ini sebagai seorang rakyat Malaysia.
Bertahun sudah mengenali Datuk Nasir melalui laman Facebook dan hanya sekali sahaja berpeluang dapat bertemu dengan beliau di Perjumpaan AJK Wanita UMNO Negeri Terengganu yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Saya adalah seorang daripada ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat sayang pada Datuk Nasir. Pemimpin di hati rakyat.
Dalam ledakan terhebat abad 21 era internet, segala perkembangan dan aktiviti-aktiviti pemimpin dapat kita lihat melalui laman sosial atau laman web.
Usaha gigih beliau dalam Gagasan 1 Malaysia adalah amat besar sekali untuk negara. Keputusan PRU 13 bukan bermakna Gagasan 1 Malaysia gagal, sebaliknya perlu semua pemimpin-pemimpin mainkan peranan yang lebih lagi.
Kini tiba masa dan ketika untuk kita semua rakyat Malaysia perkukuhkan lagi hubungan di antara kaum. Elakkan dari menimbulkan isu perkauman.
Ini penting sekali sebagai persediaan kita untuk menjadi contoh dan tauladan pada semua di dunia betapa indahnya menjalani kehidupan di Malaysia yang penduduknya berbilang kaum dan saling hormat menghormati.
Sebagai Bangsa Melayu yang menguasai politik dan pemerintahan maka sudah tiba masanya para pemimpin-pemimpin Melayu ketepikan kepentingan diri sebaliknya kembali kepada Islam. Lonjakan Roh perlu di lakukan pada pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai parti untuk sedar dan insaf ERTI PERJUANGAN YANG SEBENARNYA.
Logo UMNO amat jelas sekali tersirat Roh Perjuangan. Roh Perjuangan yang tersirat di sebalik logo UMNO itu jelas sekali untuk kita Bangsa Melayu. Ertinya ialah Jihad Fi Sabilillah..Fahami apa itru Jihad ...
PESAN AYAHKU : APA ITU JIHAD FISABILILLAH?
Kalau begitu, fahamlah kita bahawa erti jihad itu ialah menegakkan kalimah Allah, yang mana kalimah Allah ada tiga perkara asas iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Daripada tiga perkara itu dipecahkan menjadi banyak lagi dan diperjuangkan hingga orang terima. Bila orang terima dan orang amalkan maka lahirlah dalam kehidupan keindahan-keindahan Islam, yakni syiar-syiar Islam yang Tuhan kata:
“Barang siapa membesarkan syiar-syiar Tuhan, itulah dari hati yang bertaqwa.”
Dalam keghairahan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO kini, wajar sekali ahli-ahli UMNO memilih pemimpin kerana Allah.
Allah yang berkuasa menaikkan dan menjatuhkan setiap pemimpin. Dalam Negara Malaysia, Bumi Berdaulat dan Terpelihara ini, kini adalah masa Islam akan Menang dan tak akan kalah-kalah lagi.
Berikut adalah isu semasa betapa pemimpin-pemimpin UMNO kembali renungkan diri masing-masing, lawanlah nafsu jahat dalam diri dan kembalilah kepada Allah dan Rasul.
Pakatan: Pemimpin Umno bunuh 1Malaysia, seperti Nazi
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
OCTOBER 08, 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam atas penghinaan terhadap kaum bukan Melayu bagi membuktikan beliau serius menegakkan aspirasi 1Malaysia serta mengelak pemimpin Umno terus menyebarkan fitnah kepada pembangkang kata pemimpin Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata dengan sikap sedemikian, Umno tidak ubah seperti pejuang tentera Nazi di Jerman yang memperjuangkan keturunan dan ketuanan bangsa.
“DAP tidak terkejut kebencian yang disebarkan oleh pemimpin Umno yang mengamalkan rasuah seperti Mohd Ali yang pernah dihalang dari bertanding dalam pemilihan Umno kerana terlibat dalam politik wang..
Kepada pemimpin-pemimpin UMNO semua, bersama kita kembali kepada Roh Perjuangan UMNO yang asal. Janganlah diri di kuasai oleh gilakan kuasa dan dunia hinggakan mendapat kemurkaan Allah. Renungkan kembali bagaimana kekalaahan tentera Islam dalam peperangan Uhud, bagaimana tarikan dunia di kalangan pejuang-pejuang Islam yang berebut-rebut untuk mengambil harta rampasan perang.
Kongsi Info terkini: Allah yang berkuasa menaikkan dan menjatuhkan setiap pemimpin. Dalam Negara Malaysia, Bumi Berdaulat dan Terpelihara ini, kini adalah masa Islam akan Menang dan tak akan kalah-kalah lagi.
Petikan dari FB
DP Ayahanda Soria Ramli Alhamdulillah. Keikhlasan dalam perjuangan itu amat penting dalam era kini. Semoga Allah sentiasa limpahi nikmat dan rahmat untuk Datuk sekeluarga. PEMIMPIN DI HATI RAKYAT